Friday, February 12, 2010
Najib tidak mahu berpuas hati
Tindakan Zaharin Mohamed keluar PKR tidak mengejutkan tetapi BN tidak harus terbawa-bawa perkembangan politik dalam pakatan pembangkang: PM (BH 12/02)
Demang faham maksud Najib. Beliau tidak mahu UMNO dilihat kuat kerana pembangkang lemah sebaliknya UMNO mesti kuat secara mutlak. 'The best win'.
Percaya lah bahawa kekuatan secara relatif tidak akan kekal lama. Hal ini sedang berlaku pada PAS. Undi simpati serta bersalut emosi juga tidak boleh bertahan. Kemelut yang melanda PKR sekarang sedang membuktikan pendapat itu.
Justeru Najib telah menyediakan satu senarai yang panjang bagi memperkasa UMNO dan BN. Bukan sekadar menunggu pembangkang lemah. Ia sedang dilaksanakan satu persatu.
Sepatutnya pendirian Najib itu menjadi asas pada kecemerlangan rakyat Malaysia dalam semua bidang, bukan dalam politik sahaja.
Dalam diam, Najib sedang merubah paradigma rakyat tentang tafsiran kemenangan.
1 comment:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
InsyaAllah Cheguman, sama-samalah kita berdoa untuk yang terbaik buat bangsa dan Agama kita.
ReplyDeleteSemoga orang Melayu Islam Malaysia menjadi insan yang berSyukur dengan segala nikmat yang melimpah ruah disekeliling mereka dan berTerima Kasih kepada pejuang negara yang menyebabkan mereka berada di tanap sekarang.
Hargailah jasa orang dulu-dulu pada Negara, Bangsa dan Agama. Tidak rugi berSyukur atas segala kurniaan Illahi pada kita dan Negara.