Thursday, February 25, 2010

pembangkang siap untuk betempur

Thailand berbahang lagi. Para penyokong Thaksin sudah bersedia (atau disediakan?) bagi 'bertempur' di jalanan menjelang perbicaraan bekas PM itu.

Demang akui Thaksin memang hebat. Malah beliau juga berjiwa rakyat. Itu sebabnya ramai gerilya sanggup berkorban untuknya.

Namun adakah itu sahaja cara membalas jasa Thaksin? Bagi Demang memang tak berbaloi menyokong seseorang sehingga merosakkan negara sendiri.

Pemimpin datang dan pergi. Yang datang memang tak sama dengan yang pergi namun yang baru perlu diberi peluang seluasnya apabila sudah terlantik.

Demang katakan 'terlantik' kerana apabila ia sudah dilantik, maka Demang anggap itu adalah lantikan Tuhan. Maka tugas rakyat adalah menjayakannya.

Semoga rakyat Malaysia tidak meniru budaya tak elok itu.

2 comments:

  1. Salam,
    Polemik yang berlaku di Thailand nampaknya tak ada kesudahannya. Pengikut dan penyokong Taksin terus berdemontrasi. Taksin sangat popular di kalangan masyarakat petani / orang miskin. Inilah yang bakal berlaku bila sesebuah kerajaan itu dibentuk dengan cara kerajaan campuran. Lemah untuk menghadapi krisis.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.