Friday, February 26, 2010
sambutan maulidurrasul di Melaka
Foto di atas menunjukkan pergerakan yang lancar di lebuh AMJ yang merupakan laluan utama Melaka ke Muar Johor. Di situlah perarakan maulidurrasul diadakan.
Pagi ini perarakan maulidurrasul di negeri Melaka berlangsung dengan lancar dan tenang. Pergerakan yang bermula di Bukit Serindit dan berakhir di lapangan Masjid Al Azim disertai ribuan peserta tidak langsung mengganggu lalu lintas sebagaimana dibimbangi beberapa pihak.
Alhamdulillah. Ertinya, jika kita lakukan sesuatu yang baik dengan cara yang baik maka ia akan berhasil dengan baik. Sebaliknya jika pun sesuatu itu baik tetapi tiada perancangan yang betul maka natijahnya akan merugikan perjuangan.
Demang menyokong hasrat PAS menubuhkan sebuah negara Islam dengan perlaksanaan syariat Islam sepenuhnya, tetapi bukan dengan cara PAS. Demang melihat pendekatan UMNO sejak merdeka lebih relevan dan konsisten.
Kelebihan PAS ialah pemimpinnya mempunyai asas ilmu agama.
Alangkah baiknya jika kelebihan yang ada pada UMNO dan PAS itu digabungkan. Kenapa PAS takut sangat dengan pemimpin dalam UMNO? Percayalah, rakyat akan memilih pemimpin yang terbaik! Jika Hj Hadi terbaik, tidak mustahil beliau boleh menjadi presiden UMNO.
1 comment:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Assalamualaikum Cheguman,
ReplyDeleteSelawat serta Salam ke atas junjungan kit: sejak kita mengenal ABC dan Alif Ba Ta, Rasulullah s.a.w...sejak tulah kita dikenalikan kepada Baginda, sirah sirah ringkas baginda sehinggalah kita menghayati selengkapkan bila telah dewasa apatah lagi bila dah tua..
Pemberi semangat dan dorongan hidup di dunia dan Pemberi Syafaat di Akhirat..Bertuah jadi Ummat Muhammad s.a.w.
..Mak Ciklah yang paling bertuah..dipilih menjadi Muslimah..syukur Alhamdulillah.