Sunday, February 14, 2010
Siapa yang terkentut?
Kononnya pada masa dahulu ada sebuah keluarga yang baru menerima menantu. Pada malamnya berkumpul lah kaum keluarga serta sanak saudara berbual-bual sambil berkenal-kenalan dengan menantu baru.
Ketika sedang asyik berbual sambil bergelak tawa tiba-tiba meletuslah suatu bunyi yang memang semua orang maklum perihal bunyi tersebut. Secara spontan meluncurlah pertanyaan daripada mulut si mertua: "Siapa yang terkentut?"
Tanpa semena-mena menantu baru itu yang duduk berdepan dengan mertuanya bingkas bangun lalu terjun melalui tingkap terus lenyap di celah kegelapan malam.
Menurut empunya cerita, menantu lelaki itu terus menghilang tidak kembali lagi.
Demang bawakan cerita yang disampaikan nenda Demang semasa kecil dahulu kerana ingin membandingkan dengan kisah dua manusia yang agak terkenal sekarang. Kedua-duanya lelaki juga tetapi tak perlulah ditanya menantu siapa?
Yang seorang sedang melarikan diri kerana telah menyebabkan bau busuk dalam negara melalui kentutnya yang berbau tohmahan.
Manakala seorang lagi cuba menghindar diri daripada kes lubang kentut yang sedang dihadapi.
Bagi Demang, kalau tak kentut, kenapa nak lari?
Bagi memastikan anda memahami cerita tadi Demang sertakan di sini satu soalan pemahaman aneka pilihan:
Kenapakah simenantu itu lari?
I. Malu kerana dia yang kentut
II. Malu kerana mertuanya kentut
III. Malu kerana orang lain yang kentut
IV. Takut orang tuduh dia kentut
V. Takut keluarga mertuanya berkonspirasi tuduh dia kentut
A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, II, III dan IV sahaja
E. Semua di atas
F. Tiada satupun jawapan yang betul
G. Tiada satupun yang kerajaan buat itu betul
H. Hakim pun tak betul
I. Najib yang tak betul
foto:
sweet summer escape
.Bradi. flickr.com
4 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Salam bro, posting ko kali ni memang best. Aku tau jawapannya dan aku nak jawabnya, tapi nanti dulu sebab aku nak ke tandas dulu, nak kentut..terpaksa cover takut terberak pulak, hehe
ReplyDeleteAisey, Aku nak jawab 'J' (Anwar yang kentut). Nampaknya lain kali la aku jawab.
ReplyDeleteKalo bunyi kentut tu lepas sikit2, bermakna punggungnya masih dara.
ReplyDeleteKalo lepas dengan kuat bunyi kentutnya...itu kena tanya Nuar dia tu spesis apa.
Jawapannya...Jijah yang salah sbb byk kali menolak permintaan bung CIFUT.
kita kena ada ilmu kentut utk melakukan kentutan yg sempurna sifatnya...kalau kentut tidak sempurna...siapa yg rugi dan siapa pula yg sengsara dek kentut yg tidak sempurna...kentut amatur dapat dibezakan dgn kentut profesional...namun ada juga kentut yg tidak termasuk dalam mana2 kategori pun...the bottom line is...kentut itu memberi kelegaan buat si pengentut dan kesengsaraan buat pihak yg tidak kentut...hehehe
ReplyDelete