Wednesday, February 3, 2010
Siri perpecahan PR: bantahan rakyat Pulau Pinang
Meskipun sekadar kemenangan tipis, DAP dapat juga menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang.
Kemenangan tipis bermaksud kekuatan pembangkang hampir menyamai kekuatan kerajaan yang memerintah.
Hal ini diburukkan lagi dengan kurangnya pengalaman ketua pentadbir serta kegagalan memahami aspirasi rakyat yang cuba ditadbir.
Inilah yang berlaku di Pulau Pinang. Meskipun berhasil menyingkirkan Gerakan, namun Lim Guan Eng terlupa (atau malas nak ingat) bahawa kekuatan UMNO melebihi kekuatan Gerakan. Cuma UMNO yang memahami percaturan politik tempatan telah bertolak ansur memberikan kerusi KM kepada kaum Cina melalui Gerakan.
Akibat ketidakmampuan Guan Eng memahami masalah rakyat tempatan (kerana Guan Eng bukan orang Penang), pelbagai masalah mula timbul.
Demang temui dalam blog Mediacyber bahawa rakyat akan berkumpul bagi membantah pentadbiran Guan Eng 1-2 hari lagi.
Jika anda klik foto di atas, anda akan lihat perincian program tersebut.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.