Thursday, March 18, 2010

tangkap sipenderhaka itu


"V Sivakumar dakwa masih Speaker DUN Perak, keluar notis kepada hanya 54 Adun untuk hadiri sidang 30 Mac dan tegaskan Zambry masih digantung". BH 18/03.

Demang fikir sudah-sudahlah melayan kerenah penderhaka itu. Sudah terang dia melanggar keluhuran perlembagaan negara kita yang berdaulat ini.

Pertama, Ketua Negara adalah Yang DiPertuan Agong. Di bawah baginda terdapat tiga kuasa yang masing-masing tidak boleh merentasi antara satu dengan lain.

Bidang kuasa eksekutif diketuai PM dan seluruh jentera kerajaan termasuk pegawai kerajaan. (anehnya masih terdapat pegawai kerajaan yang menentang kerajaan).

Parlimen berada dalam bidang kuasa yang dipanggil legislatif dan di dalamnya mengandungi dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Di situlah tempat rakyat bersidang.

Seterusnya ialah bidang kuasa pengadilan yang di dalamnya Ketua Hakim Negara, mahkamah dan sebagainya.

Semua negeri yang bersekutu mengikrarkan taat setia pada satu sistem iaitu Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan.

Itu sedikit fakta berkenaan negara kita.

Soalan pertama Demang: Jika raja berada di atas sekali yang memayungi seluruh kuasa di bawahnya, maka di mana Sivakumar?

Soalan kedua Demang: Jika mahkamah yang memutuskan Zamri sebagai MB Perak itu berada dalam bidang kuasa 'Pengadilan' yakni tidak boleh dipertikai oleh mana-mana kuasa lain (kecuali YDA), maka siapa Sivakumar?

Jawapan bagi soalan pertama Demang ialah: "Siva sepatutnya sudah dihantar ke Kamunting dengan tiket ISA".

Manakala jawapan kepada soalan Demang yang kedua ialah: "Siva adalah seorang waris pendatang yang tidak mengenang budi".

Justeru Demang sarankan suatu tindakan yang bersesuaian wajar diambil serta merta sebelum keadaan menjadi gawat dan diambil kesempatan oleh pihak yang mempunyai agenda tersendiri.

Foto sekadar hiasan.

2 comments:

  1. Assalamualakum Cheguman,

    Dia berani sebab tahu tidak ada apa apa tindakan akan diambi.

    Tak habis habis, muak dengan gelagat sekor ini.

    ReplyDelete
  2. khir toyo orang jawa.. orang jawa pown pendatang.. sudah jelas dalam perlembagaan bahawa kaum di malaysia sudah diiktiraf kewarganegraannya yg chegu tak boleh prtikaikan lagi..

    undang2 itu lagi tinggi dari sultan..
    malah nabi muhammad juga dibawah undang2.. undang2 lagi tinggi ke raja??
    sudah menjadi tanggungjawab siva bagi mendaulatkan undang2 di malaysia ini..

    aku akur kalau selepas nizar tidak mb(walaupun tak puas hati) sebab tu ko rasa hak sultan..

    tapi tiada dalam perlembagaan yg memcatatkan bahawa speaker dilantik sultan..

    sultan azlan tak mampu melantik speaker.. hanya dewan yg layak lantik.. kalau raja ada hak kepada rakyatnya maka speaker juga ada hak trhadap adun2nya..

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.