Saturday, April 10, 2010
bahana tohmahan
Entah siapalah yang memulakan tohmah dan fitnah terhadap kambing-kambing di dunia ini sehingga majoriti orang Melayu percaya bahawa daging kambing akan memudaratkan sesiapa yang mengidap darah tinggi.
Namun itulah yang menjadi kepercayaan orang ramai sejak dahulu. Demang sendiripun terpengaruh dengannya.
Demang pernah melihat seorang 'pakcik' yang tiba-tiba pitam selepas diberitahu daging yang dimakannya itu adalah daging kambing. Kemudian, pada suatu masa lain tidak merasa apa-apa walaupun telah menghabiskan sepinggan nasi beriani dengan semangkuk kari kambing kerana menyangka itu adalah kari lembu.
Demang pernah diberitahu seorang ustaz yang menternak kambing bahawa daging lembu lebih tinggi kolestrol berbanding kambing. Takkan lah ustaz nak menipu, ye tak?
Namun oleh kerana kepercayaan bahawa daging kambing membahayakan pengidap darah tinggi telah lama berakar umbi, maka sukarlah kita memperbetulkannya semula.
Demang sendiri sampai sekarang tidak berani makan daging kambing. Pernah Demang cuba makan seketul. Akibatnya kepala terasa pening dan hampir pitam. Namun pernah Demang diperdaya untuk makan sepiring daging kambing. Kesannya? Tak ada apa-apa kesan sebab Demang tidak tahu bahawa itu adalah daging kambing.
Sekarang ni, jika ada orang pelawa daging kambing Demang akan kata: "Maaf lah, saya tak suka kambing sebab berbau."
Demikianlah betapa hebatnya kesan tohmahan. Walaupun tiada bukti saintifik namun kerana ramai yang beranggapan ia benar, maka semua orang percaya bahawa ia benar-benar berlaku.
Demikianlah juga yang berlaku dalam satu kes lain. Bermula dengan usikan terhadap persamaan nama 'RAZAK' (Najib Razak = Razak Baginda), disambut oleh blogger dengan pelbagai tambahan cerita akhirnya ramai rakyat Malaysia merasakan DS Najib benar-benar terlibat. Mereka tidak sedar betapa Karpal Singh yang dilantik menjadi peguam pemerhati keluarga Altantuya pun tidak pernah mengaitkan nama Najib dalam kes tersebut.
Akhirnya DS Najib terpaksa bersumpah sebanyak tiga kali di tiga tempat berlainan menafikan fitnah tersebut.
Terkini, dua orang pemimpin penting PKR yang akhirnya berpaling tadah mendedahkan bahawa fitnah tersebut adalah atas arahan Anwar Ibrahim.
(Demang lihat isu tersebut sudah berlalu. Satu soal selidik yang dilakukan seorang sahabat Demang ke atas 89 orang, lingkungan umur 25-35 tahun (45 lelaki dan 44 perempuan: 8 menyokong PAS, 2 menyokong DAP, dan 1 menyokong PKR, manakala selebihnya menyokong BN di bawah DS Najib).
foto hiasan:
goat gif
1207 x 1278 | 48k forum.igz.it
4 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Salam Chegu, kalau nak makan kambing panggang? Pergi ke jalan Ampang, ada restaurant Arab Yamen bertentangan dengan trafik light Jln Ampang/Jalan Ampang Hilir. Sebelah Kedai Kereta Recond "Wang Selamat" milik Mofaz Group.
ReplyDeleteBarbalik pasal Kambing, orang Melayu masak kambing, semua lemak dia masukkan sekali, kalau Arab dia orang panggang dan minyak lemak menitis masuk ke dalam arang, jadi bahan bakar. Sebab tu Arab makan kambing satu ekor pun ok aje....Jadi Kambing "rendah lemak" :)...
Dan...bahaya fitnah spt yg bro katakan itulah yg sering dan menjadi amalan UMNO/BN terhadap pembangkang...dgn mengatakan setiap masa bhw pembangkang itu tidak elok, maka ianya sudah menjadi fitnah yg sebenarnya tiada apa2 pun...
ReplyDeletesebenarnya apa yg bro katakan itu sgt tepat dgn gelagat dan ragam umno selama ini terhadap musuh politik dia sebenarnya...tepat bro...aku sokong sgt, baru kali ini aku sgt setuju dgn analogi ko bro!!!!
Assalamualaikum Cheguman,
ReplyDeleteBiasalah Cheguman, kalau fitnah cepat je orang percaya!!
isac,
ReplyDeleteKalau ada yang nak belanja boleh le try...
Makcik melayu angkat,
Betul. Cerita fitnah mmg seronok. Sensasi. Buat modal lawak pun boleh. Cepat popular macam raja petra dll.