Monday, May 31, 2010
Suakarelawan Islam dikeronyok kerana ulama
Kelmarin Demang menerima SMS berikut daripada seorang sahabat:
Salam.pls 4ward sms ini asap kpd sramai kwn yg ada..!-Dari ketua misi LL4G-Malaysia, Tuan Hj Noorazman: Kami sedang berada di pengairan Gaza, dalam jam 4.30ptg(waktu Mesia) kami akan berdepan dengan kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diberi amanah utk menjaga keselamatan kapalkonvoi. Dijangkakan komando Israel akanturun kekapal melalui helikopter dan cuba merampas kapal konvoi tersebut.Mohon doa n slt hajat dr semuamuslim.Takbir!
Tn/pn Mesej ini dfwrdkn oleh ambasodr nazirah
Pagi ini Demang terima berita terkini:
BH 31/05: Dua terbunuh manakala 30 lagi cedera apabila kapal perang Israel pintas konvoi enam kapal bantuan ke Gaza: CNN Turk
Sebentar tadi kita semua boleh lihat di kaca TV sukarelawan disergap KOMANDO ISRAEL!
Demikianlah apabila ummat Islam tidak mahu bersatu sebaliknya sibuk mempertikaikan 'orang tu tak Islam, orang ni tak berapa Islam, dan aku lebih Islam daripada korang!'.
Para ulama sudah menjadi wakil Tuhan bagi menentukan siapa yang layak masuk syurga dan siapa yang patut dihumban ke neraka.
Dendam bukan lagi amalan si dungu di ceruk kampung bahkan pemimpin yang digelar ulama sanggup memutuskan silaturrahim hanya kerana DENDAM lama!
Ayat Al-Quran diperguna bagi menolak perpaduan sesama Islam.
Itukah yang dipanggil ulama? Begitukah perjuangan Islam?
Sedangkan musuh sudah ada di dalam rumah kita.
foto:
anti israel protest
www.SyahrinAz... flickr.com
3 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Memang UMNO tu lebih islam dari segala islam yang ada kat malaysia ni sebab tu lah PM NAZAK yang dikasihi dan disanjung oleh pencacai dan penjilat habuan dunia ambil APCO sebagai penasihat imej Pm,Bik Mama dan gagasan 1 Malaysia.......dan PM kesayangan hang tu lah yang meluluskan lesen judi bola....adakah layak syurga baginya menghalalkan yang diharamkan Allah. awat hang ni babi buta perut sangat tak faham antara syariat dan hakikat....fekah dan tauhid....
ReplyDeletepengharaman judi bola sepak di Pulau Pinang adalah bukti jelas DAP sanggup buat apa sahaja demi melenyapkan dominasi Islam dalam kerajaan.
ReplyDeleteApabila PR menang kelak, lengkaplah penguasaan kaum cina di Tanah Melayu ini dan bermulalah sejarah hitam negara sekali lagi selepas kejatuhan Melaka 1511.
Demang percaya, orang PAS takkan faham perkara ini
Mereka asyik melalak pasal APCO sedangkan mereka sendiri diperbodohkan oleh nuar agen APCO
ReplyDeleteMereka seronok digula-gulakan dap konon kafir laknat menyokong pas.
Sebab pas for all = israel for all