Tuesday, June 29, 2010
40 buah Ulama
Demang tidak terkejut apabila ulama PAS menggunakan penjodoh bilangan 'ekor' untuk 40 orang lulusan Islam yang menyertai UMNO minggu lepas.
Rupa-rupanya kemasukan beramai-ramai tersebut amat menggusarkan PAS. Jika tidak, tak perlulah pemimpin PAS menggelabah sangat hingga sanggup membinatangkan manusia.
Kalau pemimpin PAS menggunakan penjodoh bilangan 'ekor' untuk ulama UMNO maka Demang nak gunakan istilah 'buah' untuk kebanyakan calon ulama hari ini, tak kira di mana lokasi mereka.
Sebabnya Demang lihat kebanyakan sistem yang melahirkan ulama hanya seperti kilang yang mengeluarkan cakera keras (hard disk) komputer. Bahkan ramai pula yang sekadar menjadi cakera padat (CD) dan 'pen drive' sahaja.
Salahkah Demang memperlekeh ulama? Demang tidak tahu tetapi dari pemerhatian dan pengalaman sehari-hari, Demang rasa tidak salah. Ramai yang bergelar ulama melakukannya. Contohnya, dalam kes di atas.
Kalau Demang setakat merendahkan ulama, ulama pula jauh lebih teruk apabila mengeluarkan fatwa mengikut nafsu sendiri. Dengan kemahiran mereka menghafal hadis dan ayat Al-Quran maka mudahlah mereka memperdaya orang ramai. Tambah pula mereka petah berpidato.
Berapa ramai ummat Islam yang tidak terlibat dengan politik mati katak kerana fatwa ulama di merata dunia?
Maka perkara ulama memperlekeh ulama tidaklah menghairankan sangat. Lagipun golongan itulah yang awal dipanggil mengadap Ilahi nanti.
Orang jahil macam Demang ni, di barisan belakang sahaja. Nanti di Padang Mahsyar, kita jangan lepaskan walau 'sebuah'pun ulama begini! Biar mereka tersungkur di pintu syurga.
Lagipun, mereka kan tak lebih sebuah komputer sahaja?
2 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
betul betul saya sokong..kita pastikan mereka bertanggungjawap kerana menyelewengkan ajaran islam demi politik.
ReplyDeleteApatah lagi kalau "cakra padat" itu buatan kilang wahhabi, ia tidak lebih dari ahli bid'ah dan ahli syirik.
ReplyDeleteKalau UMNO pakai "cakra padat" buatan Amerika seperti ini .... ia tidak akan bertahan .... kecualilah jika CIA dan Mossad mempertahankannya .... seperti Saudi Arabia.