Wednesday, June 30, 2010
iblis melanjutkan tempoh bergolak
Dalam riwayat, Hang Tuah diperkenalkan melalui peristiwa beliau menghalang amukan seorang lelaki yang mengancam nyawa Bendahara. Bermula dari situlah Hang Tuah dibawa berjumpa sultan dan diambil menjadi hulubalang diraja yang akhirnya menjadi laksamana.
Tindakan Hang Tuah tersebut dengan mudah difahami sebagai suatu bakti yang tidak terhingga kerana sejarah membuktikan Bendahara Tun Perak yang diselamatkan itu akhirnya menjadi bendahara yang begitu berjasa dalam menyebarkan Islam ke seluruh nusantara.
Namun tidak semua yang menganggap begitu. Dalam peristiwa amuk tersebut semua pengawal bendahara telah lari bertempiaran sehingga mendatangkan kemurkaan Bendahara. Bahkan ia tidak habis begitu sahaja apabila Tun Perak memanjangkan kes itu ke pengetahuan sultan.
Walaupun Hang Tuah sendiri yang mengesyorkan agar para pengawal terlibat tidak dihukum, namun kemunculan Tuah di istana merupakan saingan baru kepada pihak tertentu.
Mahu tidak mahu, Hang Tuah sudah mempunyai musuh peribadi di istana.
Saya bawa ceritera klasik di atas kerana masih ada yang gagal melihat jasa Hang Tuah sehingga tergamak menuduh beliau seorang pembodek. Malang sungguh di saat orang lain mengemukakan wira bangsa dan negara masing-masing, orang Melayu pula membunuh wira sendiri dengan pelbagai tohmahan. (lihat bagaimana Amerika mempromosi Rambo, James Bond, dan sebagainya melalui filem).
Seperkara lagi yang dapat kita ambil pengajaran ialah apabila seseorang membuat kebajikan maka akan ada yang berasa diketepikan. Golongan ini tidak duduk diam sahaja malah akan mula mencari peluang sehingga sering terbabas bertindak yang bukan-bukan.
Dalam sejarah Melayu, watak-watak pendengki terdiri daripada pihak yang kecewa dan merasa disingkir arus perdana. Lebih malang lagi apabila mereka gagal mencari kaedah positif untuk berjaya sebaliknya hanya nampak kejayaan melalui cara menjatuhkan orang lain.
Dalam pada itu iblis pun memainkan peranan dengan berkesan.
Modus operandi iblis bukanlah dengan mengada-adakan cerita sebaliknya dengan mengeksploitasi isu sebenar. Contohnya, apabila terdapat kelemahan dalam kerajaan seperti rasuah, iblis tidak akan mencadangkan rasuah itu dibasmi sebaliknya mengesyorkan agar seluruh kerajaan dimusnahkan dengan alasan ia tidak boleh dipulihkan lagi.
Dalam usaha itu, iblis tahu bahawa manusia yang paling mudah dipengaruhi ialah manusia yang sedang kecewa atau diganggu masalah besar. Sememangnya golongan tersebut memang ramai termasuklah golongan cerdik pandai yang mahir mempengaruhi minda masyarakat.
Iblis juga faham bahawa sesebuah sistem tidak mudah ditumbangkan, bahkan itulah yang dikehendaki iblis. Lebih lama proses perpecahan itu berlangsung, lebih baik bagi iblis. Sepanjang pertelagahan tersebut pelbagai aktiviti sampingan boleh ditimbulkan. Fitnah, tohmahan, kata mengata, tuduh menuduh, perkelahian, perbalahan dan jika boleh biarlah ia berakhir dengan peperangan.
Sesungguhnya kemusnahan manusia adalah janji iblis kepada Allah Taala.
Sementara itu saya juga sependapat betapa UMNO banyak melakukan kesilapan di masa lalu namun saya tidak dapat membohongi diri bahawa jasa parti itu dan pemimpinnya juga tidak ternilai.
Justeru saya percaya jalan terbaik bukanlah dengan membakar kelambu sebaliknya mengenalpasti kelemahan serta berusaha memulihnya.
Itulah yang membuka fikiran sekumpulan ulama yang menyertai UMNO baru-baru ini. Kemasukan beramai-ramai tersebut adalah permulaan kepada penyertaan lebih ramai lagi golongan berpendidikan Islam ke dalam UMNO bagi menyahut permintaan DS Najib agar UMNO berubah sepenuhnya.
Walaupun majoriti blogger BPN bukan ahli UMNO namun kami menyokong semua usaha ke arah penyatuan dan perpaduan. Iltizam kami lebih kuat lagi apabila terbongkarnya usaha mendaftarkan pengundi baru kalangan kaum cina secara agresif yang bakal memberi implikasi bertukarnya 'kerajaan UMNO' kepada 'kerajaan DAP'.
Melayu tidak ada pilihan lain selain bersatu dan tidak lagi boleh bersikap berkecuali. Mahu tidak mahu UMNO akan menjadi wadah perjuangan kerana ia adalah parti terbesar orang Melayu. PAS tidak menjadi pilihan kerana ia cuma parti serpihan yang kini hanya ada 23 kerusi.
Hakikatnya, proses meruntuhkan UMNO itu lebih panjang berbanding proses mematikan pergerakan PAS. Sedangkan proses yang lama itulah yang disukai iblis!
Jika semakin ramai ahli UMNO berjiwa Islam, apa bezanya lagi UMNO dengan PAS? Justeru apa perlunya lagi PAS?
Foto:
st paul stature in melaka
Arthurwst flickr.com
Alhamdulillah, niat Portugis untuk memurtadkan orang Melayu menemui kegagalan.
1 comment:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Artikel yang bagus...
ReplyDeletePeringatan buat Melayu Muslim sekelian...tolong hebahkan segera
Secara tersurat, tersirat, tersorot lagi tersarat DAP sebenarnya bercadang untuk menguasai lebih 40 kerusi parlimen lepas PRU 13 nanti bersama-sama 40 kerusi ADUN masing-masing di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Perak melalui kerjasama dalam Pakatan.
Sebab itu mereka sekarang agresif mendaftar para pengundi Cina dan sedang memindahkan daftar para pengundi Cina di kawasan majoriti Melayu termasuk di Putrajaya, KL, Perak, Selangor dan Penang...para pengundi baru Cina ini diwajibkan menukar kawasan mengundi mereka ke kawasan-kawasan yang DAP/Pakatan kalah tipis untuk memberi kemenangan kepada Calon MP/ADUN Cina nanti.
Bayangkan sekiranya DAP - Cina harbi yang ultra kiasu menguasai Malaysia!
UMNO segeralah bertindak!!!!!