Thursday, June 3, 2010
PAS sahkan hubungan Anwar Amerika Israel
Harakah daily hari ini dengan bangganya menyiarkan maklumat bahawa sebuah badan berpengaruh Yahudi di Amerika mengarahkan Amerika memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim. Hal ini berikutan pendedahan ketua pembangkang itu tentang kerjasama APCO dengan kerajaan Malaysia.
Sebenarnya hubungan Malaysia dengan syarikat tersebut mudah difahami iaitu hubungan yang telus berdasarkan profesionalisme. Ia adalah tindakan kerajaan atas prinsip kepentingan negara. Memang boleh dipertikai kerana Yahudi adalah musuh Islam. Namun ia tidak sebahaya hubungan Anwar yang bersifat kepentingan peribadi.
Rakyat Malaysia wajar bertanya, apa kepentingan hubungan Anwar-Amerika-Yahudi? Apa kedudukan Anwar untuk menjalin hubungan sulit tersebut? Adakah menjadi ketua pembangkang memberi kebebasan kepada Anwar meminta bantuan dan campur tangan?
Pendedahan lidah rasmi PAS itu dengan jelas membuktikan memang wujud hubungan akrab Anwar-Amerika yang disorok Anwar selama ini. Malah, apabila pertubuhan Yahudi tersebut diberitakan mampu mengarahkan Amerika memutuskan hubungan sekarang, ia membawa maksud pertubuhan tersebut merestui (atau menggalakkan?) hubungan sebelum ini.
Persoalan lain, apakah kepentingan hubungan Anwar-Amerika pada Yahudi?
Bagi Demang pendedahan tersebut langsung tidak menguntungkan Anwar. Ada dua kemungkinan di sebalik pendedahan tersebut:
Pertama, editor Harakah terlepas pandang kerana bersikap terburu-buru membuat pendedahan sehingga terlupa implikasi negatif yang bakal menimpa Anwar. Atau;
Kedua, terdapat gerakan terancang bagi menyingkirkan Anwar dari arena politik berikutan pengumuman Anwar melantik TPM daripada DAP. Selain itu kumpulan yang anti-Anwar juga semakin ketara dalam PAS.
Dalam pada itu Anwar dan barisan peguam hebatnya berjaya mendapatkan perintah agar perbicaraan hari ini diadakan secara tertutup.
Ada lagi yang nak dirahsiakan?
sementara itu blog Cheguman Online memuatkan pelbagai entri menarik.
8 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Kononnya nak ceritakan DSAI dedahkan APCO, rupanya "terbuktikan" DSAI sememangnya ada hubungan dengan Zionis.
ReplyDeleteTu yang Anwar bengang dengan PAS tu...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAnwar bengan pasal PAS bangang
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesaya kurang pasti dengan misi kemanusia di gaza ini.
pertamanya..saya nak tahu dan minta penjelasan. Kapal yang di naiki oleh sukarelawan malaysia ke gaza ini adalah kapal milik turki. Betul atau salah?
keduanya..usaha Dr mahathir melalui misi ini sebenarnya menaiki kapal apa? Rachel corrie? Betul atau salah?
Itu saja.
pembetulan..
ReplyDeletebukan kurang pasti tetapi keliru..
Anwar bangang, PAS bangang, DAP bijak.
ReplyDeleteAct against Israel terrorist.
Assalamualaikum Cheguman,
ReplyDeleteKita tunggu apa komen Anwar tentang Harakah ini.
Saya tak pandai sangat politik tapi rasanya PAS meletakkan parti ini ke tahap terbawah berbaik dengan DAP dan Anwar.
Sekarang bagaimana? Bagaimana dengan pengakuan Harakah dan kes Saiful?
Masih PAS nak pertahankan Anwar?
Mana arah tuju PAS. Malu je.