Friday, June 11, 2010
minyak dan syirik
“Percaya pada minyak ni, syirik”. Kata seorang pengunjung bernama Nasir. (info minyak ini)
Pagi ini Demang buka blog Morhabshi dan terjumpa komen di atas. Nampaknya mudah benar menjatuhkan hukum pada orang. Agaknya beliau ini salah seorang penjaga tiket syurga-neraka.
Maknanya, siNasir ini keturunan malaikat lah. Beliau tidak perlu makan, minum, dan berubat. Beliau juga tidak berkahwin dan berkehendak. Beliau tidak perlu berikhtiar kerana beliau bukan manusia.
Selalunya, orang macam Nasir ini adalah penyokong PAS. Kalau idak pun, mereka mempunya persamaan yang jelas.
Baru-baru ini seorang pengunjung lain blog Waadat mendakwa DEB adalah contoh yang membuktikan UMNO adalah parti assobiyah atau perkauman. Namun apabila Demang tanyakan sejarah DEB dan perlaksanaannya, beliau tidak dapat menjawab. Kemudian dilencongkan perbincangan ke arah lain.
Demang faham, penyokong PAS tahu tentang hadis dan Al Quran tetapi mereka tidak faham sangat tentang perjalanan politik negara selain daripada yang diberitahukan oleh pemimpin PAS lain. Bahkan kalau ditanya tentang sejarah negara pun ramai yang tidak begitu mahir.
Lantas mereka berhujah tidak kena pada tempatnya. Mereka kemukakan hadis assobiyah dan mengaitkan dengan DEB. Hadis tersebut betul tetapi mengatakan DEB itu zalim terhadap kaum lain adalah salah sama sekali. BN dan UMNO tidak pernah mengambil lebih daripada hak yang sepatutnya untuk orang Melayu. Bahkan hak orang Melayu lah yang diambil saban waktu.
Contohnya, walaupun populasi orang Melayu-bumiputera ialahh 66.6% namun dalam DEB orang Melayu mendapat peruntukan 30% SAHAJA!
Orang PAS tahu sikit-sikit je tentang ini. Yang sikit itu pun dilupakan demi parti PAS.
baca; Cheguman bercerita tentang asal usul DEB menggunakan contoh sebenar.
2 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
sedara..
ReplyDeleteSeadara masak sangatkah dengan sejarah? SEjarah melaka yang menipu yg di tulis oleh seorang pengkhianat bangsa?? Segalanya mungkin sedara..
Saya amat alu-alukan sedara berdiskusi dengan sejarawan dari kedah. Bagaimana negara ini bermula dari kedah. mereka ada bukti tersurat dan tersirat.Kalau sedara berani katakan kesultanan melaka jatuh pada 1511,,tetapi para pengkaji lain mengatakan kesultanan melayu jatuh pada 18++. Jadi siapa salah dan siapa betul mengenai realiti sejarah malaysia? Sila berhubung dengan blog sejarah negara kedah di alamat http://www.sejarahnagarakedah.blogspot.com/ atau http://themalaypress.blogspot.com/
saya dah lama mengikuti blog sejarah kedah trsbt. Saya alu2kan penemuan itu dan kita perlu sedar masih banyak yg beliau perlu lakukan bagi membuktikan semua dakwaan. Takkan kita nak ubah fakta sejarah begitu shj dengan berpanduakan satu sumber.
ReplyDeleteuntuk makluman saudara, sejarah negara kita sekarang tidak berdasarkan satu sumber sahaja dan bukan hasil kajian seorang sarjana sahaja.
Jangan dek kerana ghairah dgn penemuan baru kita dengan mudah menempelak hasil kerja org lain dan menuduh sbg penipu.
kemukakan hujah bernas jika ingin berdiskusi dan bukan setakat bijak memperlekeh org lain.