Thursday, June 10, 2010

wajarkah Anwar dipecat?


Ketika hampir terlelap di katil malam tadi, terlihat temubual dengan Tun Mahathir di kaca TV.

"Kenapa bantuan ke Ghaza tidak dilakukan melalui jalan darat?" tanya si penemubual. Mata Demang yang makin layu tak sempat mengecam siapa lelaki itu.

Tun Mahathir tersenyum. Beliau menjelaskan usaha melalui jalan darat sudah dilakukan namun tidak banyak bantuan dapat dibawa. Penduduk di sana tidak hanya memerlukan makanan dan pakaian, bahkan bahan binaan kerana musanah dibedil penjenayah Yahudi.

Beliau juga menjelaskan kesulitan mendapatkan kapal kerana kebanyakan pemilik kapal enggan menyewakan kapal mereka kerana risiko yang tinggi. Malah syarikat insuran pun enggan terlibat.

Penggunaan kapal terbang pula memakan kos yang amat besar.

Rupa-rupanya sudah lama Tun Mahathir berjihad di Ghaza. Jika tidak peristiwa penawanan minggu lepas, kita tidak tahu pun usaha jihad negarawan kita itu selepas persaraan beliau.

Sedangkan pihak lain sibuk bercakap, berpidato, dan berangan-angan nak berbakti... Berbakti dengan bercakap!

Akhirnya Demang terlelap dan pagi tadi Demang dengar berita yang bantuan ke Ghaza akan diteruskan melalui udara pula.

Tun memang tabah dan tetap akan melakukan sesuatu yang diyakininya benar walaupun dihalang!

Demang teringat bagaimana beliau terpaksa memecat TPM (Anwar) walaupun sedar risikonya. Beliau tidak akan melakukannya jika hanya mendengar khabar yang tidak pasti!

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.