Sunday, July 4, 2010

menjadi Singapura

Tak bolehkah negara tanpa pembangkang?

Boleh. Lihat sahaja Singapura. Meskipun rakyat menolak calon pembangkang, namun keseimbangan pentadbiran dapat dicapai melalui 'pembangkang dari dalam'.

Singapura juga mengamalkan demokrasi. Sesiapa sahaja boleh bercakap asalkan tidak terlalu mengkritik kepimpinan tertinggi.

Perlembagaan Singapura merupakan kesinambungan pada perlembagaan persekutuan Malaysia kerana republik tersebut asalnya sebahagian daripada kita.

Antara yang pernah tercatat dalam perlembagaan Singapura ialah hak orang Melayu sebagai penduduk asal.

Hari ini Singapura amat maju. Malaysia tertinggal jauh di belakang. Kalau anda katakan itu salah UMNO, maka anda masih jahil tentang sejarah tanah air!

Bagaimana nasib orang Melayu di Singapura? Adakah kehidupan dan kedudukan mereka lebih baik daripada orang Melayu di Malaysia?

Sememangnya Demang tidak tahu. Demang harap mereka benar-benar dalam kebahagiaan bernaung di bawah pentadbiran kaum cina.

Demang lihat dalam FB Demang, masih ada orang Melayu Malaysia yang ghairah untuk menumbangkan UMNO. Mungkin mereka tertarik dengan kemajuan Singapura.

Kalau itulah yang dikehendaki sekalian orang Melayu, baiklah. Namun bagaimana jika pilihan tersebut suatu keputusan yang salah?

Apa risiko yang perlu kita dan anak cucu kita bayar?

1 comment:

  1. Salam Cheguman,

    Memang ramai sangat yang terpengaruh dengan dakyah Pembangkang di Malaysia ini sejak Anwar Ibrahim keluar UMNO.

    Kalau dulu dia dalam UMNO semua OK.

    Orang Melayu terutama yang muda sekarang keliru dan gah nak CUBA yang baru dalam kehidupan seharian mereka, mungkin oleh kerana terlalu selesa dan tak pernah susah macam kita dulu sejak lahir.
    Sebab itu mereka tak hargai jasa baik UMNO macam kita.

    Tapi ada juga yang tua bangka macam kita tapi tak sedar diri dan bersyukur juga malah menghasut mereka anti kerajaan.

    Melayu, Melayu..sedarlah..bangkitlah.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.