Wednesday, July 21, 2010
pembangkang yang kuat
Noh Omar dakwa ada bukti dalaman wujud penyelewengan dan pilih kasih oleh KSSB yang diberi hak eksklusif urus perlombongan pasir di Selangor (BH 17/07)
Lombong pasir bukan isu politik. Ia adalah aktiviti ekonomi. Pengeluaran pasir sebagaimana kuari dan juga lombong lain berkait rapat dengan pembangunan negara.
Melaluinya sesebuah kawasan dibangunkan dan manafaatnya akan dinikmati rakyat. Selain pembangunan, ia menyediakan peluang pekerjaan di samping mengaktifkan industri hiliran.
Namun kenapa ia menjadi isu politik?
Perlu diingat, di Selangor UMNO adalah pembangkang dan tugas mereka samalah seperti PAS, PKR, dan DAP di peringkat pusat.
Justeru janganlah percaya sangat yang pembangkang boleh memerintah dengan baik jika diberi peluang sebab tidak banyak bezanya orang politik ini.
Yang nyata, permusuhan antara orang politik menyebabkan keadaan tidak stabil dan merugikan rakyat serta negara.
Semakin kuat pembangkang maka semakin berkecamuklah negara.
Demang percaya jika UMNO tewas dalam PRU13, mereka akan menjadi pembangkang yang kuat. PAS pula hanya malukut di tepi gantang dalam pakatan yang didominasi DAP.
Demang ulangi kehuatiran Demang iaitu bagaimana nasib orang Melayu di Malaysia apabila UMNO tewas manakala PAS belum menang? Ia lebih teruk daripada 'UMNO menang tipis dan PAS kalah sikit'.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.