Saturday, July 10, 2010

Pengacau Negara



Dalam cerita 1001 malam, sekumpulan pelaut telah singgah di sebuah pulau untuk mengganti bekalan dan menghilangkan kejemuan belayar.

Sambil menambah bekalan makanan dan minuman mereka turut bersukaria sambil menyalakan unggun api untuk memanaskan badan dan memasak.

Tiba-tiba mereka berasa pulau tersebut bergerak-gerak dan salah seorang daripada mereka dengan segera memahami apa yang sedang berlaku: Ya, daratan yang mereka sangka pulau tersebut sebenarnya bahagian belakang seekor ikan yang amat besar! Manakala para pelaut tersebut melakukan kesalahan yang lebih besar iaitu membuat unggun api di atas belakang makhluk Allah itu.

Mungkin sakit atau mungkin marah; si ikan pun menyelam. Maka sebuah pulau yang permai bertukar menjadi malapetaka kepada tetamunya.

Para pengunjung yang budiman;
Barangkali demikianlah yang berlaku di negara kita sekarang. Di tengah ketenangan dan kehidupan harmoni rakyat tiba-tiba muncul manusia-manusia yang entah sengaja atau tidak telah mengocak ketenangan negara.

Pelbagai isu ditimbulkan dan ia sebenarnya seperti api yang dinyalakan di atas seekor ikan besar.

Tiba-tiba Demang teringat senikata sebuah lagu:

'Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang'


Coda:
Mujur Najib tidak melatah. Tanpa mengambil sikap memandang ringan terhadap tohmahan para pengacau negara, beliau terus merancang dan melaksanakan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum.

Sebentar tadi beliau mengumumkan: 'Lebih banyak lagi produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan gagasan 1Malaysia akan diperkenalkan kepada rakyat'. (SMS BH 10/07).

Najib bukan orangnya yang mudah berputus asa dan menyerah kalah.

Oh ya. Anwar juga tidak akan menyerah kalah. Baru-baru ini beliau ke luar negara lagi bagi mengumpul sokongan dan memperbaharui ikrar untuk terus mengucar-kacirkan pentadbiran negara.

Sampai bila perkara ini akan berterusan? Adakah tidak ada cara menghentikannya?

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.