Apabila Parameswara tiba di Melaka, tempat itu hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Tiada penguasa, tiada raja, bahkan majlis perbandaran pun belum ada.
Parameswara tidak datang seorang diri. Bersama baginda ialah seluruh pengikut terdiri daripada pembesar, tentera dan rakyat yang setia.
Dengan restu masyarakat setempat, maka rasmilah baginda menjadi raja. Bagi yang tidak bersetuju, mereka akan berpindah ke tempat lain. Mereka akan membuka pertempatan baru atau menumpang di bawah raja yang lain.
Demikianlah adatnya zaman itu.
Dari semasa ke semasa, terdapat pula kampung-kampung di sekitar Melaka yang ingin berajakan Parameswara. Maka Melaka pun meluas menjadi sebuah negeri berdaulat.
Masa berlalu, hasil pentadbiran yang teratur dan berkesan beberapa negeri lain turut ingin bernaung di bawah Parameswara. Maka Melaka bertukar menjadi sebuah negara.
Terdapat juga negeri yang dirasakan mengancam kedudukan Melaka. Situasi kerajaan zaman itu tidak akan membiarkan perkara itu berlaku. Maka secara terpaksa, negeri-negeri tersebut turut tertakluk di bawah Melaka. Salah satunya melalui peperangan.
Maka terbentuklah empayar.
Jika dilihat perkembangan di atas, kita akan mengesan bahawa berlaku pengambil alihan kuasa oleh satu pihak ke atas pihak lain. Itulah yang disebut sebagai penguasaan, penjajahan atau penaklukan.
Proses di atas tidak sahaja berlaku di Melaka bahkan di seluruh dunia. Ia tidak sahaja dilakukan kerajaan Melaka malah oleh semua kerajaan di dunia, tidak terkecuali kerajaan Islam.
Maka pada suatu ketika, Melaka pula diserang dan dijajah oleh kuasa lain (Portugis, 1511). Setelah itu diambil alih pula oleh Belanda pada tahun 1641.
Seterusnya Inggeris menguasai tanah air kita tetapi dengan cara berbeza. Sesuai dengan sistem kapitalis yang dianuti mereka, pendekatan lebih lembut digunakan berdasarkan tawaran keuntungan: permintaan dan penawaran. Tidak ketinggalan melalui ugutan dan ancaman.
Adakah hal tersebut masih berlaku di zaman atau milinium ini? Fikirkan sendiri. Mungkin anda boleh membandingnya dengan globalisasi.
Secara rasminya, zaman penaklukan melalui peperangan telah berlalu. Namun bukan bermakna penjajahan sudah terhenti.
Jika kita buat sedikit kajian, peralihan kuasa sudah bertukar kaedahnya. Ia dilakukan melalui demokrasi dan globalisasi.
Apabila kita merdeka, mahu tidak mahu kita mewarisi sistem yang ditinggalkan British yang menganut faham kapitalis. Turut diwarisi ialah sistem demokrasi.
Asas demokrasi adalah sebagaimana kata-kata Abraham Lincoln: 'dari rakyat oleh rakyat untuk rakyat.
Dalam proses demokrasi, setiap individu memiliki satu kuasa undi. Rakyat memilih pemimpin dari kalangan mereka sendiri. Rasionalnya ialah apabila berlaku sebarang natijah, rakyat sendirilah yang akan menghadapi dan menanggungnya.
Sejak merdeka, negara kita sudak melalui 12 kali pilihan raya. Tidak lama lagi pilihanraya yang ke-13 akan berlangsung. Kelompok mana pula yang akan berkuasa kali ini?
Selama 12 penggal negara ditadbir oleh Perikatan atau Barisan Nasional. Tunggaknya ialah UMNO yang mewakili orang Melayu. Hal ini bermakna setelah kejatuhan Melaka 1511, orang Melayu kembali berkuasa di tanah air sendiri mulai 31 Ogos 1957.
Jika dilihat perkembangan mutakhir, hasrat untuk mengubah tradisi ini semakin ketara. Kemenangan tipis BN dalam PRU-12 menguatkan semangat pihak pembangkang untuk mengambil alih teraju pemerintahan.
Dalam barisan pembangkang, parti yang paling dominan ialah DAP yang dikuasai kaum Cina dan sedikit Ikaum India. PRU-12 dan beberapa PRK menyaksikan keghairahan pengundi cina untuk memilih parti itu semakin ketara.
Terbaru, kajian statistik mendapati setiap 40 orang pengundi baru yang mendaftar, hanya ada seorang Melayu. Hal ini bermakna apabila berlangsung PRU-13, DAP dengan mudah akan menjadi parti terbesar.
Kenyataan Demang tersebut berdasarkan kecenderungan pengundi cina yang mengundi berdasarkan kaum dan parti. Kajian mendapati sejak dulu hampir semua bandar (pertempatan cina) akan mengundi DAP.
Melihat pada analisis keputusan PRK selepas PRU-12, kecenderungan tersebut bukan sahaja berterusan malah semakin ketara.
Maka Demang jangkakan PRU-13 nanti peralihan kuasa hampir pasti akan berlaku. Orang Melayu akan melihat politik negara dikuasai oleh kaum cina.
Maka sejarah baru akan mencatatkan:
1400 Melayu
1511 Portugis
1641 Belanda
1824 Inggeris (Perjanjian London)
1942 Jepun
1945 Cina Bintang Tiga
1946 Inggeris
1957 Melayu
2011 Cina DAP
Masa tu, barulah orang Melayu faham erti 'putih mata'.
Cheguman,
ReplyDeleteBangsa kita sangat lemah mengingati sejarah. Mereka ingat kuasa yang ada dalam tangan melayu UMNO/BN ini datang bergolek dan kekal selama-lamanya. Oleh itu kita sering tidak berhemat menjaga kuasa tersebut. Tak kira pemimpin mahun pun pengikut ( bukan semua).
2. Agak sukar bagi kita menyedarkan mereka namun kita patah tengkuk bertongkat paruh sekali pun berusaha sedaya upaya memberi ingatan dan mengingatkan kita sendiri agar kita sama-sama menghayati sejarah perjuangan semampu kudrat yang ada dari Tuhan.
3. Chegu masih ingat pada saya itulah yang saya rasa sebak perasaan. Saya baru belajar menulis dan mohon sokongan dari Chegu yang lama dalam bidang ini. Tambahan pula Chegu adalah Timbalan Presiden BPN agak berkedudukan tinggi dalam bloggers negara. Saya kagum. Saya telah linkkan semua rakan-rakan saya khusunya dijerantut Chegu Man online dan waadat. Boss saya adalah Cheguman dan saya bekerjasama dengan braveheart. Jika ada panduan saya sedia menerimanya dengan terbuka. Tq Boss.