Tuesday, August 31, 2010
Selamat tinggal Waadat
Sejak seminggu yang lalu blog Waadat mula diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sayapun bukan faham sangat dengan perkara teknikal.
Sejak awal lagi saya tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap kelangsungan hayat blog ini. Hal ini kerana saya sedar bahawa perjuangan dengan cara menumpang ehsan orang lain tidak akan mampu bertahan lama.
Ya. Tapak blogspot bukan milik kita.
Sebagai pejuang, saya sedar bahawa peralatan untuk berjuang amat penting. Salah satunya ialah blog. Selagi ia mampu berfungsi, saya akan gunakan.
Apapun, usaha ini perlu diteruskan. Justeru meskipun saya belum memadam terus blog Waadat ini namun posting-posting terbaru akan di siarkan di blog alternatif saya http://chegumanonline.blogspot.com
Hmm, mungkin saya perlu fikirkan untuk menyewa tapak sendiri.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan hari ini, saya hidangkan satu kisah adaptasi yang diolah dan disampaikan semula oleh saya di blog chegumanonline.
Saya amat berterima kasih sekiranya anda dapat meletakkan link ke blog baru http://chegumanonline.blogspot.com
4 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
SLM CHEGU..JGN MENYERAH KLH!..PERJUANGAN CHEGU AKAN JADI SIA2 DAN MEREKA DI SBLAH SANA AKAN BERSORAK SORAI. NEGARA MASIH PERLUKAN PEJUANG SEPERTI CHEGU!..TERUSKAN CHEGU!
ReplyDeleteDiganggu? hush... jangan lemah semangat cikgu. Teruskan. Patah tengkuk bertongkat paruh hehehe. Fikirlah cara terbaik untuk sampaikan mesej. saya linkkan. Tq
ReplyDeletebukan menyerah. Cuma menukar strategi. Mungkin saya akan guna tapak sendiri.
ReplyDeleteBeralih tapak CheGuMan... Namun beralah bukan sifat kita.
ReplyDeleteIstiqaman.