Friday, October 15, 2010

Bonus oh bonus


Sebentar lagi jutaan rakyat Malaysia akan mencari pelbagai saluran bagi mengikuti pembentangan belanjawan oleh DS Najib Tun Razak.

Demang percaya daripada ramai-ramai itu, tidak ramai yang akan peduli perkara-perkara berkenaan faedah jangka panjang yang akan dibentangkan. Kebanyakannya hanya akan memberi tumpuan pada cetusan-cetusan bersifat semasa seperti kenaikan harga rokok, tarif baru tol, dan sebagainya.

Berita yang sudah tentu ditunggu-tunggu ialah: adakah kerajaan akan mengeluarkan bonus untuk kakitangan awam?

Bagi Demang pemberian bonus tersebut amat penting walaupun Demang tahu ada rakan-rakan yang Demang kenali menggunakan sagu hati hari raya baru-baru ini (RM500) untuk menukar ‘sport rim’ atau membelanja ahli keluarga ke Alai untuk menikmati ikan bakar. Selain itu ramai juga yang bertukar fikiran dengan membeli pakaian import dan berjenama setelah menerima wang tambahan tersebut.

Tentulah perbuatan tersebut tidak salah. Itu hak masing-masing. Nak beli apa pun, ikut suka hati mereka lah. Cuma Demang ralat apabila mereka marahkan Pak Lah suatu ketika dulu kerana tidak membayar bonus seolah-olah tanpa bonus tersebut ahli keluarga mereka akan mati kelaparan atau ke sekolah tanpa pakaian!

Demang hargai keluarga yang menggunakan wang tersebut untuk pulang berhari raya ke kampung, walhal sebelum itu terpaksa menangguhkannya kerana tidak mempunyai budget untuk itu.

2 comments:

  1. Saya amat bersyukur kerana penajwat awam kerajaan tidak dibayar bonus dan hanay dibayar wang saku RM500.00.

    Bukan saya ANTI tetapi prestasi penjawat awam masih ditakuk lama dan tak berbaloi dengan gaji besar yang dibayar.

    banyak kita lihat rata-rata disetiap pagi syang memenuhih dean makan , gerai makan terdiri 95% dari kakitang tangan awam yang ponteng kerja atau curi tulang dan pebandinagn dapat dilihat dengan jelas jika kita lihat perkerja dari sektor swasta.

    Jika gaji dibayar untuk 8 jam bekerja maka 8 jam lah mereka bekerja sebaliknya penjawat awam gaji dibauyar untuk 8 jam tetapi kerja nya separuh jam dari itu.

    Prestasi kerja mereka tidak akan naik dan benar-benat memuaskan pembayar cukai yang membayar gaji mereka (sebahagian)

    Apa yang perlu kerajaab lakukan mesti lah sedikit besikap kejam bagi menjamin displin penjawat awam ditahap yang tinggi . Jika pelu buang tas kesalahan yang dilakukan buat sahaja , jangan tangguh. biar mahkamah memutuskan kemudian asalkan orang yang tidak dikehendakki tidak berada dalama kelompok berjenama Penjawat Awam.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Diharap Gelombang Rakyat dapat memberikan URL penuh supaya pihak kami dapat menyediakan link.

    Terima kasih.

    Cheguman
    Pak Teh

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.