Friday, November 26, 2010

bagaimana masa depan cabang PKR?



sumber : agenda daily


Foto di atas diambil sekitar jam 11.45 pagi Jumaat di dalam Dewan Sivik Petaling Jaya. Tika itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin sedang menyampaikan ucapan dasar.

Sementara itu Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husein Ali ketika merasmikan mesyuarat AMK dengan sinis mencabar ahli PKR (yang hilang kepercayaan) agar keluar dari parti itu.

Walaupun kata-kata itu disambut dengan tepukan dan sorakan daripada pemimpin lain yang berada di situ namun sudah tentu aktivis sosialis tersebut tidak akan mengatakannya jika tidak berlaku isu pemberhentian ahli PKR yang begitu ketara sejak akhir-akhir ini.

Pak Teh rasa akan semakin banyak ‘cabang’ yang akan bubar dan mereput sebagaimana foto di bawah.

3 comments:

  1. weh, ni time pengumuman nk rehat la...nk solat...adehhh....

    ReplyDelete
  2. solat hatuk kau... terang2 muka shamsul ketot kat situ... nak kaver pun agak2 r... ko ingat org bodoh ke??

    ReplyDelete
  3. ha ha ha... kat dalam TV pun dah keluar video ketua AMK sedang berucap depan ribuan kerusi tak berpenghuni! ha ha ha... satu Malaysia dok tengok.

    Cabang dah boleh buat cabang lastik je la...

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.