Monday, November 22, 2010

Yang Bercuti dan Yang Berhenti


Jumaat 19 Nov adalah hari terakhir persekolahan sesi 2010. Kanak-kanak dan para pelajar berehat seketika sebelum menyambung pengajian di tahun 2011.

Sebagaimana gembiranya murid-murid, lebih lagilah gurunya. Agaknya-lah.

Anak-anak mula meneka-neka ke mana destinasi untuk bercuti. Ibu bapa mengira-ngira budget ke mana arah yang sesuai dengan peruntukan yang ada.

Sepaling tidak, pulang ke kampung juga sudah memadai.

2010 sudah di penghujung. Banyak juga peristiwa pahit manis telah kita harung. Ada yang ceria dan tak kurang juga yang murung.

Persepsi politik juga sedang berubah. Jika sebelum ini parti yang memerintah dilihat bermasalah dan goyah, kini tiba pula giliran parti pembangkang merasa gundah.

Parti pertama paling terjejas teruk sudah tentulah PKR. Selain masalah peribadi peneraju utamanya, masalah kepimpinan juga semakin parah dari sehari ke sehari.

Terbaru, krisis dalam pemilihan parti yang akhirnya membawa kepada perpecahan teruk sehingga pemimpin pentingnya keluar dan merancang menubuhkan parti baru.

Bagi Demang, biduk lalu kiambang bertaut. 2010 akan berlalu dan 2011 kian mendekat. Insya-Allah, krisis politik negara akan berakhir. Mari kita bina negara ini sama-sama.

Nampaknya cuti sekolah budak-budak pakat bercuti, ahli-ahli PKR pula pakat berhenti.

Yang bercuti Demang ucapkan selamat bercuti dan yang berhenti Demang ucap alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.