Monday, December 27, 2010
Antara Anwar dan kekalahan Indonesia
Bukan suatu rahsia betapa Anwar Ibrahim serta kebanyakan penyokong PKR agak condong ke arah Indonesia. Hal tersebut jelas dilihat melalui gaya kebanyakan pemimpin PKR berpidato.
Tidak hairanlah seorang rakan Demang yang juga ‘orang kuat’ PKR gemar mengulang-ulang kata-kata: “tengok Indonesia…” atau “kalau Indonesia…”
Kecenderongan memuji –muji negara lain adalah satu cara mudah bagi menampakkan kelemahan pemimpin negara (baca: UMNO).
Demang percaya, walaupun Malaysia mengatasi Indonesia dengan 3-0 pada malam ini, para penyokong PKR akan menyindir dan mengutuk Malaysia kerana menggunakan taktik kotor dengan cara memanipulasi cahaya laser dan sebagainya.
Demang pun membantah sebarang taktik kotor dalam sukan mahupun politik namun untuk menyalahkan kerajaan dalam hal ini sudah tentu tidak wajar.
Moga pasukan Malaysia mengekalkan prestasi pada perlawanan di Indonesia nanti. Demang berharap Indonesia tidak akan melakukan sesuatu yang ‘kotor’ sambil memberi alasan bahawa Malaysia telah memulakannya.
Tiba-tiba Demang teringat kekalahan tak diduga Misbun Sidek di tangan pemain Indonesia suatu ketika dulu.
2 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
bro, semasa malaysia kalah 5 - 1` dengan indonesia, penyokong indonesia acap kali menghalakan laser kemuka penjaga gol malaysia, cuba rentas ke blog neutraldaily : http://neutraldaily.blogspot.com/2010/12/piala-aff-suzuki-bukti-penyokong.html
ReplyDeleteHidup Malaysia. Hidup BN! Hidup UMNO!
ReplyDeleteTeruskan prestasi membanggakan ini di Indonesia.