Thursday, December 2, 2010
kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah hari ini meminta pihak yang berkenaan mengambil tindakan agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah selaku pemilik asal sebelum perjanjian dengan British pada 1786.
Pengerusinya Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata usaha itu lebih penting berbanding menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan.
"Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.
"Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya pada sidang media, di Alor Setar hari ini.
Beliau berkata perjanjian pada 1786 yang dibuat dengan pihak Inggeris itu adalah disebabkan keperluan ekonomi dan pertahanan, kerana pada ketika itu Kedah diancam oleh pihak Siam.
Pak Teh: sokong 100% dan menunggu reaksi UMNO dan PAS terhadap isu ini.
sumber: Bernama
5 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Pada pendapat aku sebenarnya perjanjian tersebut terbatal secara automatik setelah pulau pinang tidak membayar penuh perjanjian tersebut yelah kalau dah bayar RM10,000.00 je, kalau ikut perjanjian kena bayar $30 ribu wang Sepanyol, sekarang spanyol guna Euro, rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Euro.
ReplyDeletesekarang kita nak ikut siapa, guna RM ke guna Euro. kalau perjanjian tu 10,000 Euro dah tentu lah kena bayar berganda-ganda, tu tak termasuk masa Euro 1.00 = RM5.**
Pembayaran tak perlu dalam bentuk apa pun tapi sejarah telah mengatakan P.Pinang ada lah hak kedah di bawah pemerintahan sultan kedah aku setuju kes di bawa keterbunal antara bangasa saperti pulau batu putih telah dibawa keterbunal antara bangsa kepada pihak kerajaan pusat harus teliti balik apa yg telah persoalkan sekarang P.Pinang ada lah hak kedah rakyat malaysia harus tahu sejarah jangan kita di perbodohkan sepatut hak tiada hak org yg lain ambil kesempatan.
ReplyDeleteSalam ziarah.aku setuju sgt.sokong sgt.apakata kita blogger yg mulakan dulu.waa tabik luu bro syabas.Teh tariiiiiiiiik satu.
ReplyDeleteTu la... hari tu aku tukar euro30 dapat RM120...
ReplyDeleteSettttt... kita desak agar dibawa ke tribunal...
Aku akan cadangkan pada Blogger Pembela Negara (BPN) berkenaan isu ini dalam mesyuarat terdekat, Insya Allah.
Roti telur dua...
Kepada Blogger yang belum menyertai BPN, dijemput berbuat demikian dengan menghubungi Panglima Perang Cyber selaku YDP http://penembak-tepat.blogspot.com/
setuju pulau pinang harus dikembalikan kepada tuan yg asal!!!!!!
ReplyDelete