Saturday, January 29, 2011
DAP ketua pembangkang
Tatkala PAS mengemukakan calonnya di PRK DUN Tenang, seluruh negara (kalau pun bukan dunia) terkejut. PAS yang selama berpuluh dekad memegang fatwa tidak membenarkan wanita bertanding dalam pilihanraya tiba-tiba mengubah pendirian dengan hujahan: tafsiran terhadap hukum yang tidak melibatkan perkara pokok memang boleh berubah.
Agaknya, apa lagi yang akan berubah jika PAS meemerintah? Bagaimana dengan janji-janji PAS selama ini?
Sebenarnya rakyat tidak perlu bimbang dengan tindakan PAS walaupun pendirian mereka sering berubah-ubah.
Demang percaya, dengan situasi politik terkini, PAS tidak akan mampu mengubah apa-apa fatwa lagi.
PAS kini 23 kerusi
PKR pun 23 kerusi
DAP lah yang mengetuai gerombolan pembangkang dengan 29 kerusi.
Sepatutnya Anwar perlu serah jawatan ketua pembangkang kepada DAP namun bagi DAP ia tidak perlu kerana selagi semua rahsia Anwar dalam genggaman Karpal, semua agenda DAP akan ditaati Anwar.
BN yang memperolehi 138 kerusi dalam PRU-12 kini dibantu 7 MP bebas dan terbaru, seorang lagi MP PKR melarikan diri (Gobalakrishnan – Bagan Serai)
3 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
err... demang,
ReplyDeletegobalakrishnan - padang serai (bukan bagan serai, bagan serai ni - mohsin fadzli samsuri- pun dah keluar jgk!)
sebenarnya-DAP mempunyai 52 kerusi..PKR ibarat 'anak syarikat' DAP.nuar pun x leh buat apa.jd DAP 52,PAS 23..sbb tulah PAS x boleh buat apa2 keputusan dalam PR...
ReplyDeleteterima kasih almarbawi. keluar jugak? Ingatkan 1, rupa-rupanya 2... Jamil.. Jamil...
ReplyDelete..jangan-jangan dah 3?
Terima kasih juga Anon... Anwar tuda duduk bawah kangkang DAP...
PAS, kuda tunggangan Anwar