“Saya tidak ajak PM debat, hanya berbincang” - Anwar
ALOR SETAR, 19 Jan. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.
Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.
“Ia perbincangan secara baik... kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk “Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk” di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini. - Bernama
Benarkah demikian?
Sila lihat bukti kenyataan Anwar sebelum ini:
Lihat kenyataan Mufti Perak mengenai Anwar yang beliau kenal secara peribadi.
anwar ni boleh buat cerita 1001 malam hehehe
ReplyDeletetu le pasal.
ReplyDeleteDalam hukum matematik, jika pernyataan 2+3=5; dan 2+3=6 membawa pengertian bahawa salah satu pernyataan itu betul atau kedua-duanya tidak betul. Tidak mungkin kedua-duanya betul.
Dalam kes debat, kenyataan pertama Anwar ialah 'debat' manakala kenyataan kedua 'bincang'. Maka tidak mungkin Anwar seorang yang BENAR.
TIDAK BENAR ertinya BOHONG.
rasanya ....nanti ada mulut yg berbuih2 pula nanti
ReplyDelete