Sunday, January 9, 2011

Karpal perlu jadi saksi kes Anwar


Termasuk Karpal, sudah berapa kali peguam bela Anwar bertukar?

Nampaknya walaupun Anwar berposak-posak memenuhi apa sahaja permintaan DAP bagi menjaga hati Karpal Singh agar tidak menarik diri, namun kemungkinan itu sukar dibendung.

Terbaru, suara-suara yang menggesa Karpal mendedahkan maklumat yang pernah dicanang pada 1997 mengenai skandal seks semakin merebak, bukan sahaja oleh pemimpin BN malah dalam kalangan pemimpin pembangkang sendiri termasuk DAP.

Demang lihat semakin hari semakin ramai pemimpin pembangkang yang melihat Anwar sebagai liabiliti pada 'perjuangan' mereka. Memang suatu ketika dulu Anwar amat berharga kepada mereka dalam menumbangkan kerajaan pimpinan UMNO namun zaman sudah berubah.

Walaupun Anwar memiliki bakat kepimpinan yang tinggi dalam menarik sokongan namun keyakinan rakyat terhadap lelaki itu semakin menipis dan keraguan berceracak di sini sana.

Lihat kenyataan berikut.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.