Tuesday, January 18, 2011

ki

Harakah dengan bangganya menyiarkan berita DAP Selangor menderma pada tabung pekerja Islam di tempat maksiat yang mahu bertukar kerja.

Hebat sangatkah sumbangan itu dibandingkan cadangan Rooney Liu agar dipinda perlembagaan bagi membolehkan orang Islam bekerja di tempat maksiat?

Sebenarnya PAS tak ada kuasa maupun suara dalam kerajaan Selangor. PAS hanya penumpang tongkang tambang murah. Khalid sendiripun cuma makan gaji dengan DAP.

Itulah hakikatnya.

Justeru Demang akan berjuang habis-habisan bagi memberi kefahaman pada rakyat tentang realiti poitik di Malaysia. Perseteruan UMNO-PAS hanya merugikan Islam.

Daripada 222 kerusi parlimen PAS cuma memiliki 23 kerusi. Mampukah PAS menambah jumlah kerusi dalam PRU13 bagi menjadi pemegang kuasa majoriti menggantikan UMNO?

Jika tidak boleh ertinya sia-sia menyokong PAS sebab setiap undi yang diberi pada PAS bermakna membantu melemahkan UMNO.

Apabila PAS tidak menang dan UMNO lemah, siapa yang menang?Entahlah, yang pasti Ummat Islam lah yang rugi.

2 comments:

  1. Apa boleh buat, Orang Melayu sendiri suka diperalat. Mereka sanggup gadaikan masa hadapan bangsa sendiri hanya kerana kuasa dunia. Lebih sedih Agama jadi alat dan menjauhkan lagi umat.

    Sayang dan kasih sesama sendiri pun tidak digalakkan lagi. Mereka tak sedar diri, macamlah DAP sayang sangat pada mereka.

    ReplyDelete
  2. kita serang habis2san biar berkutip tulang hahaha

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.