Saturday, January 22, 2011
PAS didik minta sedekah
Keluar daripada bilik kecil yang menempatkan mesin ATM di sebuah bank, Demang disapa seorang remaja perempuan.
“Derma, pakcik. Untuk anak yatim.” Kata gadis bertudung labuh itu.
Demang melemparkan senyum sedikit dan menegur:
“Awak tak ke sekolah ke?”
Kemudian Demang pun berlalu.
Demang bukan kedekut. Demang juga ada memberi sumbangan wang sekadar yang Demang mampu, tetapi melalui saluran lain. Salah satu daripadanya ialah melalui potongan gaji setiap bulan.
‘Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah’. Demang masih ingat tok guru Demang mengajar dulu.
Itu saranan Islam. Ia bukan untuk dibacakan kepada orang lain sebaliknya untuk diri sendiri. Orang yang layak menuturkannya kepada kita hanyalah Rasulullah SAW kerana Baginda adalah pesuruh Allah dan tugas Baginda adalah menyampaikan.
Kita? Kita adalah ummat yang diperintahkan melakukan perkara yang dinyatakan itu. Jika Rasulullah SAW menyuruh kita menderma atau bersedekah, maka tak perlulah kita suruh orang lain melakukannya. Jika tidak, siapa yang nak menjadi ‘tangan di atas’?
Tindakan menadah tangan atau kotak bukanlah kaedah yang baik. Malah jika dibuat atas nama Islam, ia sebenarnya memalukan Islam itu sendiri.
Islam tidak mengajar ummatnya meminta-minta.
1 comment:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Duit sapu balak dan segala yang haram tu untuk tembolok sendiri.
ReplyDeleteDuit derma pun bukan boleh harap. Kena sapu juga oleh jerung kecil PAS.