Friday, January 21, 2011

Saksi zina ADUN PAS bersumpah


Gomo dan Nadi Rakyat nampaknya tidak main-main apabila melagang cerita seorang ADUN PAS berkhalwat dengan isteri orang.

Satu persatu bukti diketengahkan ke hadapan khalayak dalam bentuk, teks, foto, dan video.

Skandal dalam kalangan orang politik memang lumrah dan tidak menghairankan, terutama di luar negara. AS antara negara yang banyak melahirkan pemimpin yang sarat dengan skandal.

Namun apabila pemimpin PAS yang sering dikaitkan dengan alim dan wara’ sehingga digelar ustaz dan ulama’ (walaupun sesetengahnya tidak pernah ke sekolah agama pun) memang mendukacitakan rakyat.

Lebih malang lagi apabila pemimpin PAS tersebut berzina dengan isteri orang. Lebih teruk lagi suami wanita itu juga ahli PAS yang begitu menyanjungi para pemimpin PAS.

Bayangkan betapa hancurnya hati lelaki itu serta rakan dan saudara mara mereka.

Itulah yang dirasakan Ustaz Saidi apabila isteri sepupunya sendiri dizinai ADUN PAS. Itulah yang membuatkan beliau tekad membuat pendedahan seelepas aduannya kepada Nik Aziz tidak dilayan.

Bukan sedikit cabaran yang beliau terima. Beliau bukan setakat diugut malah telah pun diekori dan dilanggar.

Lihat sumber berita.

3 comments:

  1. Salam Tuan,
    Mohon link ke blog Tuan
    T Kasih

    ReplyDelete
  2. Aiik.. asal "nafi" atau "bersumpah junjung koran" saja dah kira betul, benar dan tak bersalah? .. eheh eheh senangnya "mahkamah kanggaro (kanggaroo court) umnoAPCO" nih... undang rimba (jungle law) mana dipakai umnoAPCO tak tau la..... @ mungkin jugak ajaran tuAN garu Ustad Najib Rosmah M 1st Laddyy

    memang blogger2 umno ni kaki ampu ... mentaliti blogger cap ayam ...hhehehe ... mereka ingat rakyat hari ni otak macam mereka cap ayam jugak ko??

    Wahai alkazab… bacalah al Quran surah an Nur (surah ke24) ayat: 1 sehingga 21…. tu sikit....

    Saidi kena bawa 4 saksi adil yang melihat secara nyata jelas bila menuduh/ dakwa seseorang berzina, ... jika disabitkan seseorang yang berkahwin/pernah berkahwin melakukan ZINA .. maka hukum hududnya REJAM SAMPAI MATI MANDATORI .....

    Tetapi jika pertuduhan zina/liwat tanpa bukti/ saksi yang disyaratkan... maka sipenuduh hendaklah didakwa dibawah hukum QAZAF ... jika disabit kesalahan.. hukum hududnya .. DISEBAT 80 ROTAN dan HILANG KELAYAKAN MENJADI SAKSI, WALI, HAK WARIS selama-lamanya......

    Nota: "Sirah rasul: Golongan munafik & fasik amat gemar memfitnahkan golongan mukmin & Islam ... dengan tujuan mengampu ketua2 jahiliyyah mereka.. "

    Anda-anda yang gila menulis & menyebarkan "berita palsu & bohong" & "bahasa mencarut" secara konsisten ... juga ... mengaut saham yang sama ..... hanya pembalasan Allah saja yang mungkin menentukan...

    “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. QS. an-Nur (24) : 11

    “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji (zina/liwat) itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” QS. an-Nur (24) : 19


    -Nilai akhlak anakcucu melayu pengikut2 umnoAPCO mazhab mahathirisme merudum kesetaraf dengan masyarakat jahilyyah musyrikin Mekah!-

    ReplyDelete
  3. Bukan main panjang lebar ANON ni berhujah. Maklumle.. pernah sekolah arab agaknye... he he..

    Ooo kalau kena batang idung orang PAS, sibuk suruh cari saksi, keluar hadis, ayat Quran... masa fitnah Najib & Rosmah, dan terbaru kes Rais Yatim... kenapa tak guna kaedah tu?

    Memang SAH orang PAS eksploitasi agama untuk politik!

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.