Saturday, January 22, 2011
saudagar beg udara
Tindakan kerajaan untuk wajibkan semua kenderaan penumpang memasang beg udara sememangnya wajar disokong bagi meningkatkan tahap keselamatan sekaligus mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan.
Demang tidak pasti adakah ia melibatkan kereta baru sahaja atau semua kereta yang sedang digunakan? Maklumlah, Kos pemasangan beg udara bukanlah murah. Sedangkan masih banyak pengguna yang setakat mampu memiliki kereta terpakai yang sudah agak uzur.
Jika pacuan 4 roda boleh dikecualikan pemakaiannya, Demang fikir kereta 'orang kampung' juga boleh dikecualikan.
Memanglah soal keselamatan kita tidak boleh bertolak ansur namun dalam keghairahan menunaikan tanggungjawab, perlu kita ingat bahawa ajal maut di tangan Tuhan.
Demang fikir soal keselamatan bas express masih belum selesai sedangkan ia melibatkan rakyat yang 'tidak tahu apa-apa'.
Kasihan mereka yang mati ketika sedang tidur dan bermimpi indah untuk pulang bertemu orang tersayang.
Jangan sampai rakyat bertanya curiga:
"salesman mana yang telah mempengaruhi orang berkenaan bagi melariskan jualan beg udara tu?
Demang ingatkan sahaja.
2 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
benar apa kata cik gu, kementerian pengangkutan sering diselubungi oleh prasangka rakyat ' ada bisness' moral disebalik penguatkuasaan pemakaian sesuatu barangan kenderaan.
ReplyDelete2, satu ketika dahulu apa bila cat warna kuning melamabak tidak laku dipasaran, maka kemenetrian itu memaksa bas sekolah menukar dari wanra bebas kepada warna kuning itu. Akhirnya cat tersebut habis dijual, siapa yang untung?. Pengedar cat.
3, penhgedar dan pemasang beg udara 99.9 % bukan melayu akan dapat faedah jualan dan pemasangan beg udara tersebut. Mereka sudah kira berapa juta kenderaan diMalaysia. Itu akan masuk kekantong mereka.
suasana di sekitar tenang berbau masam.. ptuih.. ekekekeke.. http://taipingcentral.blogspot.com/2011/01/panazz-tenang-penyokong-pas-membasahi.html
ReplyDelete