Friday, January 28, 2011

suami Normala kritikal?


KUALA LUMPUR 27 Jan. - Status kesihatan Maarof Abd. Mutalib, suami kepada Normala Sudirman calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, menjadi persoalan kerana beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Maarof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat, Labis, Johor.

Ia diikuti dengan cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama.

Ketiga-tiga salinan surat sakit yang dikeluarkan kepada Maarof itu turut dimuat naik ke dalam blog tersebut menerusi entri bertajuk 'PRK Tenang: Normala's cheating husband has been keeping secrets from her' yang disiarkan semalam.

Menurut penulis blog itu, cuti sakit yang panjang tersebut membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

''Saya bertanyakan rakan yang merupakan seorang doktor, apakah penyakit yang memerlukan seseorang mengambil cuti sakit sehingga dua minggu dan dia (doktor) berkata, penyakit itu mestilah sangat serius dan berkemungkinan mengancam nyawa.

''(Sebab jika) demam hanya diberikan cuti sakit satu atau dua hari dan jangkitan mata pula paling lama hanya beberapa hari.

''H1N1 pula akan dikuarantin selama dua minggu. Mungkinkah beliau dijangkiti H1N1?.

''Saya tidak pasti tetapi selepas dua minggu, adalah jelas beliau masih tidak sihat untuk mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen dan doktor menambah lima hari lagi cuti sakit dari 24 hingga 28 Januari," katanya.

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, penulis blog tersebut menambah, beliau membuat banyak rujukan, menyemak kamus perubatan, bercakap dengan ahli fizik dan pakar, malah, turut menulis kepada beberapa buah pusat kawalan penyakit.

Bagaimanapun tambahnya, kesemua usahanya itu menjurus kepada satu jawapan iaitu kesimpulan yang tidak dapat dijelaskan.

''Kami dengan sedih memaklumkan kepada Cikgu Mala (Normala) bahawa suaminya itu telah mengalami politicitis husbandus temperaturis permanantum atau juga dikenali sebagai election fever-candidate's husband strain 2 (EF-CHS2).

''Ia boleh menjadi penyakit yang kekal dan membunuh kariernya sebagai seorang guru," katanya dalam blog itu.

Penulis blog itu menambah, kelibat Maarof yang sentiasa kelihatan bersama Normala ketika berkempen sebelum ini telah menimbulkan pertanyaan di kalangan orang ramai mengenai pekerjaan sebenar beliau.

Antaranya, kata beliau, apakah Maarof bekerja sendiri atau merupakan seorang ahli politik sepenuh masa.

''(Sebenarnya) Maarof adalah seorang guru dan sangat jelas beliau sedang merahsiakan sesuatu daripada isterinya.

''Bukan rahsia kecil tetapi rahsia yang boleh merubah hidup," katanya.



Sumber:
Utusan Online
Blog Marahku

Foto sekadar hiasan.

3 comments:

  1. Salam,

    Tuna juga seorang guru.....

    Kalau di pandang dari sudut moral?
    Kalau pandang dari sudut integriti?
    Kalau di pandang dari sudut Islam itu sendiri?

    ReplyDelete
  2. SELAMAT PAGI CIKGU......SELAMAT PAGI SILA DUDUK....ITULAH LONTARAN SUARA ANAK-ANAK YANG DAHAGAKAN ILMU DI KEHENINGAN PAGI DI SEKOLAH MENENGAH KEB.TENANG......DUA MINGGU HINGGA TIGA MINGGU TIADA PENDIDIK MERUPAKAN SATU KERUGIAN YANG BESAR BAGI PELAJAR....MALAH KESAN MORALNYA PELAJAR DIAJAR UNTUK PONTENG KERANA MENCONTOHI KELAKUAN CIKGU.....DISEBABKAN CIKGU MAAROF MERUPAKAN INSAN KAMIL YANG DILAHIRKAN PAS....SAYA INGIN BERTANYA CIKGU DAN SELURUH ULAMA PAS..APAKAH STATUS REZEKI BELIAU SEPANJANG DUA MINGGU ITU.......ADAKAH HALAL ATAU SEBALIKNYA...JIKA DIDAPATI BENAR BELIAU TELAH MENIPU SIJIL SAKITNYA.....DAN APAKAH STATUS MORAL DAN AKHLAK BELIAU MENGIKUT KITAB PAS KERANA DIDAPATI MENIPU DAN BERBOHONG.......KALAU DITANYA KEPADA NIK AZIZ TENTU JAWABAN SEBALIKNYA...SEMUA NYA HALAL...SEMUANYA ISLAM.....KALAU MENGIKUT NERACA DAN PERTIMBANGAN INSAN BERMARUAH DAN BERAKHLAK CIKGU MAAROF WAJAR MELEPASKAN JAWATAN ITU KERANA DIDAPATI ARUS PERJUANGAN DAN IDEOLOGI CIKGU BERLAWANAN DENGAN KEHENDAK KERAJAAN DAN KEMENTERIAN......BERIKAN INSAN YANG LEBIH KOMITED DAN IKHLAS UNTUK MENGALAS TANGGUNG JAWAB TERSEBUT.......CIKGU MAAROF HANYA MENYERTAI PROFESSION PERGURUAN DISEBABKAN GAJI....TETAPI MINDA DAN NURANI CIKGU TIDAK IKHLAS....PENUH KONFLIK DAN CIKGU SEUMPAMA RACUN YANG AKAN MENJAHANAMKAN MISSI DAN VISI KEMENTERIAN......DAN YANG RUGINYA ADALAH ANAK BANGSA......SEANDAINAY CIKGU MAAROF BENAR-BENAR INGIN MENOBATKAN PENDIDIKAN ALA PAS....BERHIJRAHLAH KE KELANTAN DAN BERKHIDMAT DIBAWAH YAYASAN ISLAM KELANTAN SEBAGAI GURU SEPENUH MASA....DI SANA CIKGU BEBAS UNTUK BERBUAT APA SAJA DAN BEBAS UNTUK BERPOLITIK TANPA MENGIRA TEMPAT DAN KETIKA HATTA DI DALAM KELAS SEKALI PUN.......BERUNDURLAH CIKGU DAN BERI PELUANG KEPADA INSAN LAIN YANG LEBIH IKHLAS DAN KOMITED UNTUK MENGGALAS TUGAS TERSEBUT.....yang ikhlas SEMUT API KELATE.

    ReplyDelete
  3. Oh tenang, prk dun tenang, ... umno boleh tidur lena... pas terus berjuang menongkat arus,.. harga sebuah dakwah & jihad,.. bagaikan nabi noh, nabi ibrahim, para rasul yang berdepan dengan kaumnya... pun begitu... air yang tenang jangan sangka tiada "buaya"... kudrat & iradat Allah taala mengatasi segalanya!

    Keimanan, kesabaran & keikhlasan Cikgu Mala & pejuang2 barisan hadapan yang lain .. akan menarik rahmat & pertolongan Allah... melalui jundullah disetiap "medan tempur" untuk melenyapkan kebatilan, kebiadapan & ketakburan UMNO/BN ... Kami pohon nusrah Allah untuk Cikgu Mala & PAS dengan sesuatu keajaiban diluar kudrat manusia... Amiin.

    PGU!
    Undilah PAS untuk perubahan!

    “PAS Ganti UMNO (PGU) – Melayu selamat, Rakyat Selamat, Malaysia Selamat”.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.