Saturday, February 26, 2011

Merlimau: Calon tak direstu

(foto bilik gerakan Makkal Sakthy di Merlimau Utara): Meskipun kaum India terpecah 3 di Merlimau namun masing-masing tampak bergerak aktif berkempen untuk calon BN. Kaum Cina? Demang lihat mereka masih berharap Anwar menjadi jambatan menghubungkan Malaysia-Singapura.

Ketika Demang melalui pekan Merlimau sebentar tadi, tapak yang sebelumnya penuh sesak telah lengang. Di beberapa bilik gerakan BN juga tidak ramai orang yang tinggal. Manakala di bilik-bilik gerakan PAS… err, sebenarnya bilik gerakan PAS memang sukar ditemui di Merlimau ini.

Ya, semua orang pulang ke rumah masing-masing setelah penat bersorak dan berjalan kaki mengiringi calon.

Namun ada seseorang yang seperti enggan pulang ke rumah.

Hendak balik ke rumah sendiri, terasa segan sebab rumah yang ditumpangi selama ini adalah rumah untuk kakitangan kerajaan. Dia sendiripun mendapat ehsan tinggal di rumah tersebut hanya kerana isterinya seorang guru.

Hendak pulang ke rumah ibu sendiri rasa serba salah pula sebab sudah membantah pesanan ibu yang melarangnya bertanding menentang kerajaan yang selama ini memberi pelbagai kemudahan. Apatah lagi ibunya sendiri orang kuat parti yang ditentangnya.

Hendak menumpang di rumah saudara mara pun, tak kena rasanya sebab hampir semua kaum keluarga memang penyokong kuat kerajaan yang memerintah sekarang.

Alahai, ke mana kaki hendak kau langkah wahai Yuhaizat? Datanglah ke surau Merlimau Pasir. Insya-Allah Demang ada di situ. Boleh kita berbual dari hati ke hati. Niat baik tanpa tindakan yang baik, akan memudaratkan. Alangkah malangnya jika tindakan tersebut merugikan ummat Islam.





3 comments:

  1. Oh sayunya rasa hati. UMA teringat lagu anak derhaka nyanyian Dato M. Daud Kilau.

    Sementelah kaki dah melangkah, teruskan ajelah. Kalah tetap kalah.

    ReplyDelete
  2. PAS tak ada isu di Merlimau...kalau ada pun fitnah dan peluang nak kumpul TABUNG JAHAT.

    ReplyDelete
  3. CISSSSS DASAR ANJING DIBERI MAKAN GIGIT TUAN...AKU KEJA GOMEN JUGA MEMANG SAKIT HATI SPESIES MACAM NI

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.