Apabila seorang pemimpin tertinggi bertaraf mahaguru diberitakan akan bersyarah, maka audien tidak lagi bersifat tempatan. Para pengikut dari kawasan dalam lingkungan 50-100 km akan mengenepikan apa sahaja program yang kurang penting dan melapangkan jadual bagi menghadiri majlis tersebut.
Dalam garis pusat 100km tersebut, sepaling tidak sekitar 10 ribu penyokong bukanlah perkara sukar untuk dihimpunkan.
Atas andaian tersebutlah maka para peniaga gerai bergerak (termasuk peniaga pasar malam) awal-awal lagi telah menempah tapak niaga dan berkampung di Merlimau Pasir malam tadi.
Namun ternyata teori dan andaian tidak selalunya Berjaya dijelmakan dalam bentuk praktikal. Ternyata malam tadi tidak sampai 1000 pengunjung yang hadir biarpun penceramah yang diundang ialah Anthony Loke (SU DAP), Saifudin Nasution (harimau PKR) dan Nik Aziz (orang paling berpengaruh dalam PAS).
Demang tiba kira-kira pukul 9.30 malam di tapak ceramah terbuka itu bersama empat orang teman: dua orang penssyarah dan dua orang ustaz dengan menaiki dua buah kereta.
Selain kami berlima, berapa ramai lagi yang seperti kami, yakni hadir sekadar untuk mengetahui apa yang nak disampaikan dan bukannya datang kerana bersetuju dengan parti-parti pembangkang tersebut?
Foto sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.