Uniknya kereta-kereta yang ada bukan sahaja uzur bahkan 99 peratus adalah kereta terpakai. Nombor pendaftarannya juga bermula dengan huruf yang berbagai-bagai. Ada plat Selangor, Johor, Perak, Kedah, dan lain-lain. Malah Sabah pun ada.
Apa pun nombor pendaftarannya, pemiliknya tetap orang Pahang. Maksud Demang, peneroka yang menetap di Pahang. Dalam konteks pilhanraya, mereka adalah pengundi di situ.
Itu kesah 15-20 tahun dulu. Sekarang tidak lagi. Ramai yang sudah mampu membeli kereta baru menggunakan nombor pendaftaran tempatan.
Bagaimana keadaan di Melaka 2011? Jika anda orang Melaka dan/atau menetap di Melaka anda akan sedar bahawa kebanyakan orang Melaka menggunakan kenderaan dengan nombor pendaftaran Melaka.
Demang bukan nak menyinggung perasan orang negeri lain tetapi Demang lihat orang Melaka memang lebih kukuh pendapatan mereka berbanding negeri lain.
Justeru Demang agak hairan, kenapa kebanyakan kereta yang berada di tapak ceramah Anwar Ibrahim di Merlimau tadi menggunakan pendaftaran luar seperti Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah?
Sebagaimana posting Demang sebelum ini, malam ini semua bilik gerakan komponan BN mengadakan perjumpaan dan program bersama penduduk setempat.
Nampaknya program ceramah Anwar tadi lebih pada perjumpaan ahli PKR dari seluruh negara yang sengaja dibuat di Merlimau!
DEMANG,
ReplyDeleteINI ADALAH PETANDA YANG MEMBUKTIKAN BETAPA KASIHNYA RAKYAT KEPADA NUAR.
KELANTAN- 4 ORANG
SELANGOR - 7 ORANG
JOHOR - 2 ORANG
PERAK - 11 ORANG
N. SEMBILAN - 8 ORANG.
MELAKA -12 ORANG
JADI SELURUH NEGARALAH.
orang melaka x sebodoh tu nak sokong anwar..hanya orang luar je suka gayboy tua tu.
ReplyDelete