Monday, February 7, 2011
selamat kembali ke bumi bertuah
“Kumpulan pertama 778 pelajar/rakyat Malaysia dari Mesir guna pesawat MAS dan AirAsia tiba di KLIA, 10 pagi tadi dengan disambut PM dan TPM.” (BH)
Bergenang airmata menonton rakaman pertemuan antara para pelajar yang selamat pulang daripada Mesir dengan keluarga yang menanti di tanahair.
Barangkali ada yang akan menuduh itu semua sandiwara dan tiada keikhlasan daripada kerajaan, namun kenyataan tetap kenyataan. Hanya yang merasai sendiri pengalaman tersebut mampu memahaminya.
Ikhlas atau tidak, tiada siapa dapat menafikan betapa terhutang budinya mereka serta keluarga mereka yang terlibat kepada kerajaan.
Untuk kesekian kalinya kerajaan telah melunaskan tanggungjawab.
Dan, titik-titik hitam masa depan PKR semakin membesar , melebar dan terus menyaluti seluruh pakatan mereka.
2 comments:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Salam Cheguman,
ReplyDeleteSaya juga turut terharu menonton kepulangan mereka disambut PM dan isteri, kaum keluarga dan sahabat handai. Betapa bertuahnya Bumi Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia. Semoga Allah swt terus memberkati negara kita dan kita semua, Amin!
makcik selalu ke luar negara, tentu lebih faham..
ReplyDelete