Siapa yang banyak duit, gunalah RON97 manakala yang nak berjimat, pilihlah RON95.
Terkini, di Merlimau Najib telah melancarkan RON baru yang mesra alam dan mesra pengguna. Setakat ini dipercayai lebih 60% orang Merlimau menerimanya.
RON yang Demang maksudkan ialah Roslan Hj Ahmad, calon BN PRK DUN Merlimau yang nama mesranya dalam kalangan masyarakat setempat ialah RON.
Demang terlibat juga sikit-sikit dalam pemilihan calon Merlimau. Daripada puluhan nama yang berpotensi untuk diketengahkan akhirnya 11 nama dihantar untuk dinilai. Setelah membuat pertimbangan daripada segenap sudut berdasarkan laporan pihak risikan daripada pelbagai jabatan maka tinggal dua nama untuk pertimbangan akhir.
Antara sebab calon lain ditolak ialah, lahir di negeri lain seperti Puan Zaleha ketua wanitanya. Malah saudara Zaidi Ketua Pemuda Jasin diketepikan hanya kerana lahir di kkampung sebelah DUN merlimau!
Ada juga yang tidak terpilih kerana sudah lanjut usia atau kurang mesra.
Sebenarnya RON bukan pilihan pertama KM Melaka. Namun kajian terhadap pengundi Merlimau yang dilakukan pelbagai saluran mendapati Ron diterima semua kaum di Merlimau. Beliau ‘boleh masuk’ dengan segenap lapisan masyarakat.
Itulah sebabnya Demang senyum sahaja apabila pembangkang mula menyebarkan isu bahawa Ron akan ditolak pengundi kerana sombong!
Ha ha ha… kot nak memfitnah pun biarlah yang logik sikit. Macamlah orang Merlimau ni bodoh.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.