Sunday, February 6, 2011
Tindakan Pajudin Nordin melepaskan jawatannya sebagai ketua perhubungan PKR Sabah dan keluar dari parti itu semalam menjadi satu lagi bukti bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan parti itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya kemelut terbaru yang berlaku dalam parti pembangkang itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini sudah ramai anggota parti itu, termasuk mereka yang berjawatan timbalan pengerusi dan setiausaha agung sudah meninggalkan parti berkenaan.
"Kalau sudah ramai yang keluar termasuk mereka yang mengasas parti, tentu sekali ada yang tidak kena dengan parti ini" .......
Demang rasa bukan Najib sahaja yang kata begitu. Kalau tanya Nik Aziz pun, bekas ustaz Kemas itu akan cakap begitu.
Kalau Sukarno masih hidup pun beliau akan kata begitu.
Tapi kalau tanya Anwar Ibrahim...
Sumber:
Sahabat Gunung
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.