Friday, March 18, 2011

Blogger pro dan pembangkang bersatu

Demang dapat SMS mengenai foto di atas pagi tadi. Sebenarnya sejak malam tadi beberapa blogger prokerajaan dan juga pembangkang telah menyebarkannya dalam blog masing-masing.

Demang bukan mahu mendahului penghakiman cuma ingin meminta kepastian adakah foto di atas adalah benar atau permainan politik murahan?

Demang menyokong saranan blogger Gomo agar pihak terbabit mengemukakan bukti atau saksi bagi mengungkap kebenaran.

Jika diikutkan, pihak yang menuduh-lah yang wajib mengemukakan bukti dan saksi dakwaan. Jangan pula bersikap lempar batu sembunyi tangan.

Ingat, ini bukan perkara main-main. Rakyat yang memilih pemimpin maka rakyat perlu diberi penjelasan.

Sementara itu rakyat juga masih menanti Anwr Ibrahim memberikan sampel DNA-nya bagi memudahkan proses perbicaraan kes liwatnya.

Rakyat perlu tahu sebab Anwar telah menyuakan dirinya untuk menjadi pemimpin Malaysia.

Lihat sini

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.