Sunday, March 6, 2011

BN menang tapi... double standard pihak berkuasa di Merlimau


Demang bukan nak mengungkit. Bukan juga bersikap rumah siap pahat berbunyi. Cuma berharap perkara ini tidak berulang. Kita akan berhadapan dengan banyak lagi pilihanraya jika dunia belum qiamat.

Insiden berikut berlaku di sebuah pusat pengundian. Demang tak nak paparkan lokasinya tetapi di Merlimau. Jika anda membuat sedikit penyiasatan, pasti  dengan mudah anda boleh meneka tempat tersebut.

1.       Calon BN tak dibenarkan masuk kawasan mengundi kerana tertinggal pas masuk.

2.       Calon PAS masuk ke kawasan pengundian yang sama bukan sahaja tanpa pas masuk, malah memakai lencana parti.

Kenapa begitu?

Keputusan tidak rasmi tetapi boleh dipercayai:

Merlimau (sumber: Cheguman Waadat: live)
BN: 5916
PAS: 2309
Majoriti: 3607

Tak rasmi tetapi muktamad. 7:15 pm

Kerdau (sumber sahabat blogger)
BN: 6614
PAS: 3054
Majoriti: 3560

1 comment:

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.