"Seorang sahabat bertanya: jika PKR bubar, pakatan akan rungkai. Tiada lagi saingan kepada BN-UMNO. Nanti mereka akan beraja di mata bersultan di hati."
Kata Demang, apa nak dirisaukan? Singapura boleh maju tanpa pembangkang. Brunei tak bankrap pun walau tiada pembangkang.
Jangan susah hati. Walaupum parti pembangkang lemah, wakil rakyat tidak boleh berbuat sesuka hati. Walaupun pertandingan dalam PRU akan dimenangi BN sahaja nanti tetapi pemilihan dalam parti komponen tetap berlaku. Rakyat boleh menyaring pemimpin di situ.
Jika Hj Hadi atau Mat Sabu nak jadi YB, mereka boleh masuk UMNO dan bertanding.
Jika menang, bukan sahaja boleh jadi YB malah jadi menteri atau Perdana Menteri pun boleh!
Dalam zaman ICT ini tiada siapa boleh selamat jika menipu rakyat. Jika parti pembangkang tiada, blogger akan menggantikannya. Sidang parlimen maya dibuka 24 jam sehari semalam, 365 hari setahun.
Blogger dan pengguna laman sosial seperti FB akan bongkar setiap kemungkaran pemimpin agar rakyat boleh membuat keputusan samada memilih atau menyingkirkan seseorang calon.
Blogger sukar dirasuah sebab terlalu ramai. Setiap rakyat boleh menjadi blogger atau facebooker bila-bila masa dan di mana jua.
Awas semua wakil rakyat, jangan terperanjat jika pada suatu hari anak anda menarik tangan anda ke skrin komputer dan berkata:
"tengok, itu kan seluar dalam ayah?"
Setuju....
ReplyDeleteSetuju juga!!!
ReplyDeleteKalau Pembangkang MACAM pembangkang di Malaysia sekarang ni...tak payah lah...
kalau blogger jadi pembangkang, aku join le
ReplyDeletemenarik topik ini. kita boleh bentuk group YB Bloggers.
ReplyDeleteyg bangkit membela rakyat tanpa 'parti' demi alif ba ta.
tetapi pro kerajaan.
Memang sepatutnya sebarang perubahan pemimpin harus dilakukan diperingkat parti. BUKANNYA DALAM PILIHANRAYA!
ReplyDeleteMenukar pemimpin dalam pilihanraya adalah satu pertaruhan yang berisiko tinggi. Penyaringan boleh dilakukan sekiranya setiap ahli parti MENGHADIRKAN DIRI dalam setiap mesyuarat agung terutama MESYUARAT PEMILIHAN PARTI.
Jangan bila orang lain dah menang baru nak melatah di kedai kopi dengan alasan tak sempat pergi mengundi sebab SAKIT PERUT! hehehe
Jom sokong penubuhan SURUHANJAYA SIASATAN DI RAJA!
Aku Yang Bingai
18SX: Baru celup dah pancut?