Oleh kerana tidak ada isu lagi untuk dimainkan, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPP Pusat) hari ini menggesa Kerajaan Malaysia supaya bertindak pro-aktif terhadap kebajikan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Jepun sekarang.
“Terima kasih je le...” kata Demang.
Sebenarnya tanpa ‘gesaan’ itu pun kerajaan memang sudah ambil pelbagai tindakan bagi membantu rakyatnya walaupun ramai juga pelajar Malaysia di Jepun yang ikut sama menentang kerajaan tanpa tahu hujung pangkal.
Sama juga halnya seperti yang berlaku di Mesir sebelum ini. Padahal pelajar di sanalah yang ramai membenci kerajaan. Akhirnya terhegeh-hegeh beratur balik dengan duit tambang kerajaan.
“Dah memang tanggungjawab kerajaan.” Kata salah seorang pelajar yang terlibat apabila ditanya.
“Alhamdulillah, akhirnya awak mengaku bahawa kerajaan kita memang bertanggungjawab.” Balas Demang.
Berbalik pada perkara tadi, Demang percaya, setelah selesai semunya nanti, dapatlah para pemimpin lajnah PAS itu bercerita betapa hebatnya mereka menggesa kerajaan agar membantu mangsa gempa dan tsunami di Jepun.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.