Sunday, March 6, 2011

Live Merlimau: pengundi cina dan India

Kaum Cina veteran tahu dan faham sejarah pembukaan dan pembinaan negara.

Sebahagian besar kaum India bukan sahaja kembali menyokong BN malah giat berkempen. PAS menganggap kaum India tidak boleh dipercayai.


Catatan rasmi SPR setakat pukul 11.oo pagi tadi, seramai 4,571 pemilih atau 43 peratus sudah keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Merlimau telah keluar mengundi.

Ketika ini para pengundi masih bertali arus dan beratu bagi menyemak nama masing-masing seterusnya ke pusat pembuangan undi.

Demang sempat menemubual petugas peti undi daripada MIC dan dimaklumkan sudah lebih 80% kaum India keluar mengundi.

Seorang petugas peti undi daripada PAS mengeluh bahawa kaum India memang tidak boleh diharap untuk mengundi PAS kali ini.

Pengundi luar (yang tidak tinggal di Di Merlimau Pasir), dianggarkan oleh BN berjumlah 120 orang. Namun setakat ini sudah 140 rang yang pulang mengundi.

Perbezaan jumlah tersebut mungkin berlaku kerana kegagalan pihak UMNO tempatan mengesan jumlah pengundi terkini.

Seperti biasa, kedudukan pengundi cina sukar dikenalpasti. Kenapa ya?

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.