Friday, March 4, 2011

Merlimau: edisi rasis (1)


Hampir setiap malam sebuah kedai jahit di tengah pekan Merlimau menganjurkan siri ceramah politik. Para penceramah terdiri daripada kaum cina yang entah siapa dan tak rahu dari mana bersilih ganti menyampaikan ucapan berapi-rapi.

Kenapa kaum cina Merlimau beriya-iya menyokong PAS? Sejak bila mereka rajin mendengar ceramah politik?

Jika dalam kalangan orang Melayu ada politikus, kaum cina pun begitu juga. Malah ia turut tiba bersama kedatangan para penghijrah tersebut ke Tanah Melayu, lama sebelum merdeka.

Politik sering datang bersama ideologi. Dalam bahasa mudahnya, ideologi bermaksud fahaman. Namun ia tidak terhenti setakat itu sahaja. Fahaman yang diamal dan ditaati akhirnya menerbitkan ketaasuban. Ia terpahat dalam jiwa dan  raga seseorang sehingga hampir mustahil untuk diubah.

Fahaman awal politik kaum cina bersusur galur daripada gerakan politik di Tanah Besar China iaitu komunisme. Perseteruan komunis-kapitalis memperlihatkan situasi ingin menyebarkan ideologi masing-masing secara agresif, tetapi terancang.

Pemimpin komunis di China amat sedar tentang penghijrahan besar-besaran rakyatnya ke kepulauan Melayu, khususnya ke Tanah Melayu. Maka peluang tersebut digunakan sebaiknya bagi menyebarkan fahaman mereka.

Penubuhan Patai Komunis Malaya (PKM) membuktikan usaha penyebaran fahaman komunis bukan sekadar main-main. Malah selepas itu, terutamanya setelah pendudukan Jepun pendokong idealism komunis bertindak lebih agresif dengan melancarkan kempen bersenjata secara besar-besaran dan terang-terangan.

Hal ini tercatat dalam sejarah apabila pengganas Bintang Tiga menyerang balai-balai polis serta megambil allih pentadbiran negara selama 14 hari sebelum ditumpaskan.

Gerakan politik kaum cina tidak pernah mati tetapi diganti dengan perubahan sikap para pemimpin baru yang bukan sahaja tidak berminat dengan komunisme bahkan tidak bercita-cita untuk menguasai pemerintahan negara. Para pemimpin ini berpendapat bahawa penduduk asal sewajarnya menguasai pentadbiran manakala wakil-wakil kaum lain perlu dilantik bagi menyampaikan suara kaum mereka secara bersistematik.

Persefahaman ini dilaksana dengan baik sehinggalah Lee Kuan Yew memohon unttuk menyertai Persekutuan Tanah Melayu. Salah satu faktor penting kemasukan Singapura ialah bagi menyekat penyebaran komunisme di pulau itu dan seterusnya menjangkiti Tanah Melayu.

 Bersambung…

1 comment:

  1. Salam Cheguman,

    Mereka sokong PAS sebab suka tengok kita berlaga sesama sendiri.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.