Tuesday, March 1, 2011

Merlimau: Yuhaizad tak layak

Yuhaizad lebih hensem berkopiah tapi kenapa poster di Merlimau tiada kopiah?


Yuhaizad Abdullah lahir pada 17hb Oktober 1973. Kalau mengikut kitab purba masyarakat Afgahanistan, orang yang lahir pada tahun itu kebanyakannya cerdas-cerdas belaka.

Demang memang tidak percaya pada kepercayaan begitu. Apatah lagi apabila melihat pencapaian akademik calon PAS di Merlimau ini.

Yuhaizad lebih muda daripada Demang. Jika dilihat pada zaman persekolahan, sepatutnya kelulusan beliau tidak bolehlah disamakan dengan Demang kerana beliau akan menjadi wakil rakyat. Namun, jika Demang yang memang nakal dan agak malas semasa di sekolah dulu mampu memiliki ijazah, bayangkan bagaimana keadaannya Yuhaizad ini dezaman persekolahannya.

(kalau nak tahu rekod persekolahan Demang, tanyalah calon BN di Kerdau (Syed Ibra) yang pernah sekelas dengan Demang. Kalau Syed Ibra dapat nombor 10 ke bawah, Demang dapatlah nombor 10 dari belakang).

Jika melihat pada biodata rasmi, kelulusan tertinggi Yuhaizad ialah diploma daripada kolej Ilham.

Selain perkataan ‘ilham’ yang bermaksud ‘idea’, inilah kali pertama Demang mendengar ada institute bernama Ilham.

Dengar khabarnya untuk memperolehi diploma di situ, penuntut cuma perlu berada selama dua semester (satu tahun). Bidang Tasawur yang diambil Yuhaizad pula adalah kursus yang mudah. Jadi barangkali Yuhaizad tidak perlu belajar selama satu tahun. Ditolak cuti dan sebagainya (termasuk ponteng), entah berapa hari-lah beliau belajar.

Kelulusan kedua yang diperolehi Yuhaizad ialah sijil IKM. Demang bukan nak menghina pemegang sijil berkenaan namun untuk menjadi wakil rakyat, wajarkah?

Memanglah terdapat wakil rakyat UMNO yang tiada ijazah namun itu dulu. Kini hampir tiada lagi. Malah Roslan yang menjadi lawan Yuhaizad kini sudah hampir menamatkan pengajian ijazahnya di universiti.

Alangkah malangnya orang Merlimau jika mempunyai seorang pemimpin muda yang tidak selayaknya menjadi pemimpin di alaf ini.



2 comments:

  1. Setuju dengan Demang. Bukan nak merendah-rendahkan wakil rakyat tanpa ijazah, tapi inilah hakikat zaman dan perubahan tamadun manusia,lebih 1400 tahun dulu nabi juga di izra' miraj kan untuk jadi lebih baik dari pengikutnya.

    ReplyDelete
  2. MAMAT NI SAMA LA TARAFNYA DENGAN MAHPUS DAN MAT SABU

    JADI AYAM LAGA OK LA

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.