Tuesday, March 22, 2011

Najib umum rawatan percuma

Kalau nak sebut pasal negara Islam, apa yang tiada di Malaysia? Dalam Perlembagaan Islam dicatat sebagai Agama Persekutuan pada Perkara 3 (selepas nama Negara).

Dari situ-lah perbagai program dirancang dan dilaksana sehingga menimbulkan rasa irihati penganut agama lain. Jangan tak tau, Bro!

Maka PAS terpaksa menukar prinsip perjuangannya iaitu dengan slogan baru ‘Negara Berkebajikan’.

Rupa-rupanya slogan baru itu menyebabkan PAS lebih mudah ditinggalkan nun jauh  di belakang oleh BN.

Manakan tidak. Jika disenaraikan satu persatu kebajikan yang kerajaan hidang dan suapkan pada rakyat, mahu pengsan Nik Aziz untuk menulisnya.

Demang tak mungkin dapat senaraikan satu persatu. Cuba taip masalah anda di enjin carian internet, pasti anda akan temui satu agensi kerajaan yang boleh membantu anda!

Nak minta tolong Anwar? Tak boleh. Anwar sibuk di mahkamah.

Mutakhir, DS Najib sebentar tadi mengumumkan kakitangan kerajaan dalam skim KWSP mendapat kemudahan rawatan percuma untuk diri dan keluarga mereka di hospital.

Makin terperosok-lah negara berkebajikan anganan PAS.


No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.