Kanak-kanak, wanita, warga tua, dan ulama antara mangsa yang terbunuh dalam serangan tentera penceroboh ke atas Libya.
Demikian laporan media perdana semalam.
Demang katakan tentera bersekutu sebagai penceroboh kerana mereka sememangnya penceroboh. Libya adalah negara merdeka dan berdaulat. Ghadaffi adalah presiden yang sah bagi negaranya. Justeru apa hak negara lain hatta PBB untuk campur tangan?
Adakah untuk menentukan siapa patut jadi ketua negara pun perlukan kebenaran Amerika? Adakah untuk menjadi ketua di negara sendiri pun perlu restu Amerika?
Libya tidak seperti Malaysia mahupun Amerika. Alam dan budayanya bukan seperti Britain, Perancis, Australia dan sebagainya. Hanya pemimpin tempatan yang tahu bagaimana untuk membina dan mentadbir negara mereka.
Apa yang berlaku di Libya hampir sama dengan insiden malang yang menimpa Afghanistan, Bosnia, Iraq dan (nyaris-nyaris) Mesir. Ia bukan sekadar ulangan bahkan merupakan siri penjajahan terancang.
Ini adalah lanjutan daripada siri penaklukan ke atas negara Islam sejak khulafa’ Islam Andalusia dan Kesultanan Islam Melaka.
Demang ingin bertanya, adakah Iraq sekarang lebih baik daripada Iraq semasa Saddam Hussein?
Lihat lah rakyat Malaysia. Selepas ini, negara mana pula yang akan menjadi mangsa para pengganas dunia yang diketuai Amerika itu?
Barangkali inikah sebabnya kaum bukan Islam mahu menukar kerajaan di Malaysia? Mereka tidak mahu negara ini dikenali sebagai negara Islam sebab risikonya amat tinggi.
PAS dan PKR hanya jambatan ke arah merealisasikan harapan mereka. Demang tidak pasti samada PAS sedar atau tidak perkara ini.
Terpulanglah pada anda. Demang hanya bertanya.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.