Thursday, March 31, 2011

Nik Aziz perlu jawab SPRM

30 peniaga Pasar Lama MPKB membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggesa siasatan dibuat berhubung transaksi wang bernilai RM44.8 juta membabitkan urusan jual beli pasar itu, Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru.

Peniaga terbabit mendakwa, transaksi tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan Kerajaan PAS Kelantan dikatakan telah menjual Pasr Lama MPKB dengan nilai RM3.8 juta kepada sebuah syarikat swasta dan pada masa sama membeli tingkat satu Bazar Tengku Anis dengan harga terlalu tinggi iaitu RM18 juta untuk menempatkan mereka di situ.



Jika blogger yang protes dalam internet atau sekumpulan manusia yang entah dari mana berkumpul di tepi jalan, tidaklah Demang heran sangat. Mungkin mereka diupah Najib atau pun Rosmah.


Tapi apabila yang tidak puas hati itu para peniaga yang terlibat secara langsung, masihkah kita nak salahkan mereka? Samai bila kita nak berpegang pada prinsip: ''Tok Guru tak mungkin buat silap!'






Rujukan:
Angin Perubahan

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.