Saturday, March 5, 2011
PAS - UMNO bertempur di Merlimau
Harakah terbaru berbohong lagi dengan mendakwa pelbagai keganasan berlaku di Merlimau angkara UMNO.
Memanglah pilihanraya juga bagaikan peperangan, tetapi bukannya perang betul-betul. Sekadar perang poster dan perang ceramah.
Alasan Harakah bahawa keganasan tercetus di Merlimau kerana UMNO terdesak untuk menang adalah karut semata-mata!
Pecahan pengundi Merlimau ialah Melayu (64%), Cina (21%) dan selebihnya India dan sekitar 1% kaum laain.
Ertinya, orang Melayu mendominasi pengundian.
Mungkin anda akan bertanya, adakah pasti orang Melayu akan mengundi BN?
Ya, Demang berada hampir 24 jam sehari di Merlimau selama hampir sebulan dan mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber. Malah sudah hampir pasti 70% kaum India akan mengundi BN!
Cuma yang PAS harapkan untuk mengundi Yuhaizad ialah pengundi kaum cina.
Itulah sebabnya semua foto Yuhaizad yang disebarkan di seluruh Merlimau tidak memakai serban, kopiah, mahupun songkok.
Sasaran UMNO Merlimau sekarang bukan hanya untuk menang sebaliknya untuk menghilangkan wang pertaruhan PAS!
Foto hiasan:
penyokong parti pembangkang menimbulkan kekecohan dalam satu demonstrasi jalanan
1 comment:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Salam Cheguman,
ReplyDeleteInsyaAllah swt...