Wednesday, March 30, 2011

Pemuda PAS sokong cadangan TS Rahim Tamby Chik





UTUSAN melaporkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,Nasrudin Tantawi bersetuju agar kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal rakaman itu secara menyeluruh dengan berteraskan prinsip kebenaran, keadilan serta ketelusan.Nasrudin menyambut baik cadangan supaya pemimpin Pas dan parti pembangkang lain dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut percaya, jika siasatan dilakukan tanpa niat untuk memerangkap,rakyat akan menerima hakikat sebenar di sebalik video itu.


Nampaknya pendirian Pemuda PAS ini senada dengan saranan Rahim baru-baru ini yang meminta semua badan mempunyai wakil dalam suruhanjaya tersebut agar dapat melihat dengan mata kepala sendiri.


Beraninya Rahim...


Takutnya Anwar...

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.