Tuesday, March 29, 2011

Solat hajat untuk

Seperkara yang Demang amat setuju dengan pihak pembangkang ialah mereka selalu melakukan solat hajat bagi meminta petunjuk daripada Allah Taala apabila terdapat persoalan yang sukar diputuskan.

Namun setakat manakah pihak pembangkang menerima dengan hati terbuka setiap petunjuk yang Allah Taala berikan?

Apabila Anwar Ibrahim disingkirkan daripada kerajaan berikutan aduan salahlaku seks, pihak pembangkang telah mengadakan siri solat hajat secara besar-besaran agar Allah Taala memberikan petunjuk.

Maka seluruh rakyat Malaysia dan penduduk dunia melihat Anwar dijatuhkan hukuman penjara manakala Dr Mahathir terus sihat walafiat hingga sekarang.

Kita juga boleh lihat Anwar semakin merudum reputasinya manakala Tun Mahathir semakin aktif di peringkat antarabangsa membantu ummat Islam di seluruh dunia, termasuk Palestin.


Setakat ini, setiap kali lepas solat hajat, Anwar semakin teruk dan kerajaan semakin kuat.

Alhamdulillah.

1 comment:

  1. Dulu masa DS Anwar kena tuduh salah laku sex dah buat solat hajat , tapi la ni kena tuduh lagi ,saya fikir mungkin sekalini tuhan mahbul kot sembahyang hajat oleh puak pakatan , jadi kita sama sama kena sabar menunggu sebab benda ini dalam tangan Polis tak gitu ke? kita tunggu saja keputusannya .Inshaalah tuhan akan berada di pehak yang benar tambah lagi orang yang teraniaya tuhan tak akan biaq. Tapi ada juga yang persoal samaada Pakatan Rakyat akan buat Sembahyang hajat kalau DS Anwar maseh dalam Kerajaan? Tang tu yang saya susah nak jawab.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.